Monday, December 7, 2009

NGO vs Syarikat; Pesanan SU Agong ISMA

Entri ini saya ambil dari SU Agong ISMA, Aminddin Yahya. Sangat berguna untuk kita yang baru berkecimpung dalam NGO. Terfikir... bagus juga kita dengar kata-kata orang lama ni sebab mereka banyak pengalaman. jadi kadang-kadang kena dengar juga kata-kata dan nasihat mereka...

Setelah 16 tahu berniaga dan mengendalikan perniagaan sendiri dan dalam masa yang sama sudah 28 tahunbergerak dalam NGO maka aku dapati terlalu banyak perbezaan; antara NGO dan Syarikat. Secara umumnya bolehlah aku gariskan beberapa perkara :-

1. Misi NGO jauh lebih besar dari syarikat tetapi perjalanannya sangat lambat. Kadang kala macam tak akan sampai. Ia penuh idealism sehingga sukar untuk menjejak kaki ke bumi nyata. Yang uniknya, walaupun misinya besar tetapi gerakerrjanya tidak melambangkan misi. Adakah lambat ini satu sunnah atau ia satu kelemahan? Saya masih mencari jawapannya.

2. Lebih 80% kerja NGO adalah untuk megendalikan manusia tapi dalam syarikat hanya 50%. Bukan senang utk kendalikan manusia kerana dia mempunyai perasaan.

3. Penglibatan NGO berbentuk sukarela tapi syarikat sukapaksa. Dalam syarikat jika tak datang atau tak perform, boleh di buang. Tapi NGO, kalau tak buat kerja/tak perform, hanya boleh “nasihat” sikit2. Kalau banyak, berasa hati pulak,silap2 langsung tak timbul2 dah. Akibatnya, banyak kerja tertangguh, program tak berjalan, objektif tak tercapai….tapi ketua tetap kena senyum (walaupun dalam hati panas membara).

4. Disiplin NGO tak sama dgn disiplin syarikat. Dalam NGO disiplinnya bukan saja luaran tapi perasaan. Kalau tak setujupun, tetap kena patuh. Dalam syarikat, elemen perasaan tak jadi perhatian. Apa yang pekerja nak rasai, boss tak peduli.

5. Perbincangan dalam NGO selalunya tidak berapa objektif. Ia agak santai dan sederhana kerana masing2 tidak akan menanggung kerugian jika apa2 berlaku. Impaknya tidak begitu jelas. Jadi kadangkala perbincangan yang sepatunya habis dalam 3 jam boleh jadi 8 jam. Tetapi dalam syarikat, perbincangan selalunya serius terutama peringkat atasan. Ini kerana ia melibatkan untung rugi. Kalau silap boleh menyebabkan syarikat di tutup.

6. Datang lewat utk perbincangan dalam NGO adalah satu perkara biasa. Kalaupun di tegur, ia akan baik sekejap tapi lepas itu akan jadi kembali lewat. Ini kerana tidak ada apa yang hendak di kejarkan, tak ada imbuhan duit dan seumpamanya. Tapi dalam syarikat, jika lewat bermakna kita akan mendapat “show cause letter”

7. Dalam NGO tidak boleh bersemangat sangat. Sesiapa yang terlebih semangatnya akhirnya akan kecewa sendiri. Harus banyak bertenang dan bergerak mengikut keadaan sekeliling. Dalam syarikat, lagi bersemangat maka lagi banyak peluang yang di beri.

8. Dalam NGO, kalau berjaya tidak ada sesiapa yang akan puji. Hanya sekadar sujud syukur sendiri-sendiri kepada Allah dan mengharapkan janji syurganya yang masih belum pasti. Tapi yang pasti, jika silap, maka seluruh organisasi akan menuding jari padanya. Dalam syarikat, kalau berjaya, dapat berlipat ganda bonus, surat pujian, dan merit increment.

9. Dalam NGO tidak boleh terlalu ideal seperti mana yang di pelajari tetapi sebaliknya tepaksa akur dengan sifat2 Melayu yang “kurang” rajin, suka berangan2, mudah patah semangat, cepat mengalah, tidak berterus terang (simpan perasaan). Dalam syarikat setiap pekerjaan perlu di buat se ideal yang mungkin untuk menjaga kualiti. Sifat2 Melayu tidak di pedulikan. sebab itu ramai anak2 muda melayu tidak boleh tahan bekerja dengan swasta.

10. Peraturan dalam NGO selalunya sukar utk dipatuhi. Buatlah macamana baiknya peraturan, ia kemungkinan besar akan tinggal sbg slogan saja. Tidak ada hukuman yang di kenakan jika melanggar peraturan, jadi dorongan untuk patuh itu sangat sedikit. Dalam syarikat jika tak patuh boleh dikenakan tindakan disiplin.

11. Dalam NGO setiap kerja memerlukan banyak “reminder” (Ahli biasanya tidak mencatit tugasan yang di beri) Kalau tidak ahli lupa. Bukan itu saja, yang lebih malang lagi, dia menyalahkan kepada yang bertanggungjawab kerana tak remind dia. Sukar utk dia untuk mengaku silap kerana terlupa. Dalam syarikat setiap pegawai perlu catit apa yang boss suruh, jika lupa bermakna melepaslah soruuu.

12. Dalam NGO selalunya idea terlalu banyak dan bernas2 berlaka tetapi bila tiba nak buat, memusing cari orang. Sebab tak ada imbuhan yang nyata. Akhirnya idea terbengkalai. Dalam syarikat idea banyak juga, selalunya dari boss je tapi pelaksananya ramai kerana imbuhannya besar.

13. Akhirnya NGO mengajar akusupaya bersabar semaksima yg mungkin. Walau apapun natijahnya, aku tetap perlu bersabar dan istiqamah. Kurang melihat performance orang lain tapi sebaliknya lihat performance sendiri, buat setakat kederat yang ada tanpa lebih atau kurang. Rancang hidup sendiri kerana tidak ada orang lain yang akan sanggup bersusah kerana diri kita. Tidak ada manusia yang boleh memberi semangat kecuali diri sendiri.

Manual For a Friendship


Dalam kehidupan kita seharian pelbagai sengketa yang kita alami.Ketenangan hidup biasanya diganggu dengan kerenah-kerenah orang sekeliling kita. Yang lebih menyedihkan, 'orang-orang sekeliling' itu adalah teman-teman kita yang rapat.


Pelbagai kerenah di dalam hubungan persahabatan ini akan terus menghambat hidup kita sehingga kita mati. Maka ramai orang mencari formula yang terbaik untuk sebuah persahabatan yang utuh tanpa sengketa dan konflik yang memusnah. untuk itu Al-Qur'an telah memberi kita manual yang mantap dan jelas untuk kita jalankan hubungan persahabatan dengan baik. InsyaAllah jika diikuti semua arahan-arahan ini kita akan dapat ketenangan di dalam sebuah persahabatan. Manual ini diberi di dalam surah Al-Hujurat.

Antara isi kandungan surah al Hujurat adalah berikut:

1- Suruhan Tabayun: memeriksa dulu kesahihan berita apabila mendengarnya.

2-Larangan memperolok-olokkan orang atau kelompok lain

3-Larangan mencela orang lain

4-Larangan memberi gelaran atau label buruk kepada seseorang atau kumpulan.

5-Suruhan menjauhi prasangka buruk terhadap orang lain

6-Larangan Tajassus: mencari-cari keaiban orang lain

7- Menjauhi ghibah atau mengumpat

Saya letakkan lagi sebuah hadith yang diberikan oleh seorang ikhwah Mesir kepada saya untuk perkongsian bersama. Selamat menjalinkan sebuah ukhuwah fillah yang indah:

”Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya. Barang siapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang mengeluarkan seorang muslim dari kesusahan (di dunia) maka Allah akan mengeluarkannya dari kesusahan hari kiamat dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat” (HR. Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)

P/S: Jazakallah kepada Ikhwah Mesir yang memberi input ini kepada ana.

Saturday, November 28, 2009

Mahu kembalikannya? Perlu kita fikirkan syarat asasnya





Khilafah itu satu keperluan. Ia adalah payung untuk keamanan sejagat kemanusiaan di bumi Allah ini. Rasanya tidak perlu untuk saya menghuraikan dengan lebih panjang kenapa khilafah itu dapat memayungi manusia sejagat dengan keamanan. Kerana perbahasannya akan membawa kita dari satu mimpi ke dalam mimpi yang lain. Mimpi yang membisik ke dalam hati:

"Oh alangkah bagusnya jika khilafah itu ada sekarang. Pasti kan terubat pelbagai konflik kemanusiaan hari ini..."

"Betapa indahnya andai kita dapat melihat khilafah itu... alangkah baiknya jika kita dapat hidup di zaman khilafah..."

Perbahasan-perbahasan perlunya khilafah yang dibuat dengan mengkaji sejarah memang dapat membangkitkan semangat kita untuk sedar dengan kondisi umat Islam sekarang. Namun setelah mendengar harapan-harapan indah ini, kita sering terlekat dengan satu kenyataan :Bagaimana caranya untuk mengembalikan khilafah itu???

Syed Qutb di dalam buku Milestone saya lihat tidak banyak berbicara tentang keperluan khilafah itu. Ia tidak banyak membincangkan sejarah-sejarah kegemilangan lama itu. Seoalah-olah dia cuba memberitahu kita: Tinggalkan sejarah lama itu, tinggalkan monumen-monumen itu, sudah cukup lama kamu menatapinya. Sekarang ayuh, ambil segala pengajaran yang ditinggalkan generasi lama, dan teruskan perjalanan kita. Khilafah itu telah runtuh dan tugas kita untuk membinanya kembali bermula dari batu asas.

Sebaliknya buku Milestone ini lebih banyak berbicara tentang kaedah-kaedah untuk kita membina bangunan kekhilafahan ini. Perbincangan lebih berkisar di dalam metodologi-metodologinya, cabaran-cabaran, bekalan-bekalan yang diperlukan.

Syed Qutb membahaskan di dalam pendahuluan buku ini bahawa untuk Islam kembali menyinarkan cahayanya di dunia ini ummatnya mesti memenuhi beberapa syarat:

1) Ummat Islam di dalam kata erti sebenar perlu diwujudkan terlebih dahulu. Ummat ini tidak hanya membicarakan akidah di mulut tetapi menghidupkan akidah itu di dalam hidupnya. Ummat ini bukan sahaja berada di tanah di mana Islam tumbuh. Bukannya rakyat sebuah negara yang majoriti beragama Islam. Yang dikatakan Ummat Islam itu adalah sekumpulan manusia yang kehidupannya, konsepnya, sistemnya, nilainya dan seluruh pertimbangannya bersumber dari metodologi Islam. Ummat yang mempunyai sifat seperti ini telah lama hilang. Jadi tugas pendakwah masa kini adalah untuk membangkitkan ummat seperti ini.

2) Perlu ada suatu masyarakat manusia Islam yang tunduk pada Akidah dan cara hidup Islam yang sebenar. Seluruh masyarakat dunia sekarang tunduk kepada sistem Jahiliah yang mengambil manusia sebagai penguasa tertinggi, yang berhak membuat konseps dan nilai tersendiri, peraturan, undang-undang serta sistem sendiri. Melalui fahaman sekularisme, perkara-perkara ini terpisah dari metodologi dan keyakinan ke-Tuhanan untuk kehidupan. Manusia juga di dalam sistem bukan Islam masing-masing telah saling menyembah, dengan berbagai cara. Maka untuk Islam kembali berhak memimpin manusia, perlu ada suatu masyarakat yang hanya menyembah Allah s.w.t. dalam erti yang sebenar, menerima perintah Allah s.w.t. sahaja dan tunduk serta patuh kepada Allah sahaja.



3) Mesti ada kumpulan pelopor yang berazam besar, berkemahuan tinggi, dan berhati ikhlas untuk membangkitkan masyarakat Islam yang sebenar di tengah-tengah cengkaman jahiliah. Untuk para pelopor ini menjalankan tugasnya mereka mestilah mempunyai petunjuk jalan atau milestones. Petunjuk-petunjuk ini akan memberitahu kepadanya tentang:

-Bentuk peranannya
-Hakikat tugasnya
-Inti tujuan dan objektif perjuangannya
-Titik permulaan perjuangannya yang panjang
- Ciri-ciri khas yang harus dimilikinya
-Ciri-ciri khas jahiliah di sekelilingnya
-Cara-cara untuk melayan jahiliah di sekeliling dengan menggunakan kaedah dan konsep Islam
-Cara-cara untuk mengambil panduan itu



Buku Milestone ini ditulis oleh Syed Qutb untuk kita para pelopor gerak kerja ini. Agar kita dapat memahami hakikat dakwah ini, arah tujuannya, titik permulaan dakwah ini. Agar kita mengenali sifat-sifat jahiliah di sekeliling kita, agar kita dapat mencari ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang daie ilallah....



Thursday, November 26, 2009

Prolog Kupasan Buku "Pedoman Pendakwah Sepanjang Zaman" dari Syed Qutb


InsyaAllah saya akan memulakan satu siri artikel yang membedah buku Syed Qutb yang bertajuk Pedoman Pendakwah Sepanjang Zaman atau dalam bahasa Arabnya Ma'alim fi al-Thariq.

Suka untuk saya mengongsikan apa yang ditulis Syed Qutb tentang dakwah. Metodologi Dakwah telah menjadi satu bidang kajian yang paling saya minati sejak mula menceburkan diri secara serius di dalam bidang ini.

Menjalankan kerja dakwah sama seperti menjalankan sebuah perniagaan. Di dalamnya terdapat banyak jalan dan cara untuk mencapai satu target iaitu keuntungan. Dan kita lihat, di dalam alam perniagaan, ada yang gagal dan ada yang berjaya. Ada yang hanya mampu mengayakan diri, tanpa mengayakan anak-anak. Ada juga yang mampu mengayakan diri, dan hasil kekayaan itu dapat dirasai oleh tiga generasi berikutnya. Tidak kurang juga yang mampu mengayakan diri, keluarga dan masyarakat sekitarnya. Di samping ada yang kaya dengan segera. Ada juga yang kaya dengan lambat. Ada yang kaya sebentar dan ada juga yang mampu mengekalkan kekayaan pada tempoh masa yang lama.

Apa yang pasti, dalam alam perniagaan, kita mahukan kekayaan yang terbaik, iaitu kekayaan yang mampu memberikan kita sebuah kebebasan kewangan tanpa henti atau "financial freedom" dan dengan financial freedom itu kita dapat memberi manfaat pada orang lain sekaligus menjadikan kita seorang kaya yang mulia.

Sama seperti Dakwah. Tujuan utama dakwah tak lain dan tak bukan adalah untuk mencapai keredhaan Allah SWT dan agar kita dapat menjawab di akhirat kelak. Cumanya, sejak mula serius di dalam arena dakwah, saya melihat variasi dalam mencapai target ini. Namun, bagi yang baru mengorak langkah, kalian pasti melihat semua jemaah ini sebagai sama, tiada beza di antara satu jemaah dengan jemaah-jemaah yang lain. Kalian juga pasti merasa pelik kenapa jemaah yang pelbagai ini tidak bersatu di bawah satu payung, kerana logiknya Islam itu menganjurkan kesatuan ummat. Ini mungkin berlaku kerana kalian hanya melihat pada matlamat akhir dakwah yang dijalankan oleh setiap jemaah ini, tidak pada metodnya.

Variasai metodologi dakwah wujud dalam pelbagai bentuk. Ada yang menjalankannya secara bersendirian, ada yang menjalankannya secara berkumpulan di dalam sebuah harakah. Harakah pula banyak jenis. Ada harakah menjalankan dakwah dengan politik, ada yang tidak berpolitik sebaliknya membina masyarakat dari bawah. Kepelbagaian juga wujud di dalam menafsir marhalah (peringkat) dakwah ini. Ada yang memandang bahawa negara islam dapat diwujudkan dalam masa 11 tahun lagi dan ada juga yang memandang bahawa daulah akan muncul pada generasi yang berikutnya. Tidak kurang juga yang berbeza pendapat dalam menafsir bentuk jihad. Ada yang berjihad di atas jalan kemanusiaan, ada yang berjihad di dalam arena politik kepartian, dan ada yang berjihad membentuk individu-individu. Ada juga yang memandang jihad dalam Islam sebagai jihad defensif iaitu dengan memastikan orang Islam terselamat dari hambatan jahiliah barat dan timur, dan ada juga yang melihat jihad sebagai suatu yang progresif.

Kepelbagaian ini membawa saya kepada satu konklusi; bahawa di dalam hiruk pikuk variasi ini saya yakin terdapat satu kumpulan manusia yang membawa metodologi dakwah yang paling hampir dengan metodologi kenabian. Ini menjadikan saya sebagai seorang musafir yang 'mencari'. Di dalam pencarian itu, saya singgah di pelbagai tempat, saya baca pelbagai buku, dan saya dengar pelbagai pendapat.

Syed Qutb boleh saya anggap sebagai seorang yang berpengalaman di dalam dakwah. Buku Ma'alim fi al-Thariq yang akan saya bedah ini menceritakan pengalaman beliau dan rakan-rakan di dalam dakwah dan tentang apa yang mereka fahami dengan dakwah ini. Dengan kupasan ini InsyaAllah kita dapat memahami perbezaan jemaah-jemaah ini, dan akhirnya mencari satu platform yang terbaik untuk kita berjuang di atasnya.

Terlebih dahulu saya ingin 'disclaim' awal-awal dengan mengatakan bahawa Syed Qutb juga seorang manusia dan sebagai manusia dia pasti membuat silap. Apa yang lebih penting, tafsiran saya sendiri terhadap tulisan ini mungkin salah.

Saya panjatkan doa kepada Allah agar saya dapat istiqamah di dalam menulis kupasan ini. Wallahualam.







Tuesday, November 17, 2009

Bakal doktor dari India diseru tingkatkan komitmen dalam kerjaya


Bangalore, 7 Nov. - Suasana pengamal-pengamal perubatan masakini di tanahair cukup merisaukan. Ini dilihat dari kualiti kerja yang semakin menurun di kalangan pengamal-pengamal perubatan terutamanya mereka yang baru tamat pengajian. Senario ini mungkin berlaku disebabkan pengamal-pengamal perubatan masakini lebih mementingkan soal gaji daripada kerjaya dalam bidang perubatan itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, Prof. Madya Dr Zainur Rashid bin Zainuddin, Timbalan Pengerusi Sekretariat Luar Negara ISMA menyeru pelajar perubatan di sini untuk lebih komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan. Ini boleh dilakukan dengan sentiasa mengingati hakikat bahawa tugas seorang doktor bukan sekadar merawat pesakit, tetapi juga untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan yang tenang emosinya.

Photobucket Photobucket

Beliau menjelaskan bahawa nisbah jumlah doktor dengan pesakit di tanahair adalah tidak setanding, maka seandainya seorang doktor hanya bekerja 8 jam sahaja, sudah semestinya masa yang diluangkan bersama pesakit akan dikurangkan, walhal pesakit memerlukan doktor untuk mendapatkan dorongan dan semangat untuk mengharungi penyakit yang dihidapi.

Beliau berkata demikian di hadapan sekitar 100 orang pelajar perubatan dari International Medical College, Management Science University di sini. Forum “Medicine Coffee Talk” ini juga telah disertai oleh Dr. Naziah bt Haron dari i-Medik, yang juga merupakan isteri kepada Prof. Madya Dr Zainur Rashid. Program ini adalah anjuran bersama Sekretariat Perhubungan Luar Negara ISMA dan Islamic Youth Association (IYA) Bangalore, dan telah dipengerusikan oleh saudara Anas Aminin, Timbalan Pengerusi IYA Bangalore.

Photobucket Photobucket

Pelbagai pengalaman dikongsikan semasa forum tersebut, antaranya ialah tentang halatuju kerjaya sebagai graduan perubatan dari India, dan juga pengalaman mengharungi “housemanship” di Malaysia yang dikongsikan oleh Dr Naziah.

Dr Zainur Rashid juga turut menekankan bahawa disiplin adalah aspek penting dalam kerjaya sebagai doktor. Tanpa disiplin, tidak mungkin seorang doktor akan mampu mencapai kecemerlangan dalam kerjaya mereka. Beliau menyatakan bahawa alam pekerjaan sebagai seorang doktor sebenarnya jauh lebih mencabar jika dibandingkan dengan alam pengajian.

Rata-rata pelajar memberi sambutan yang baik semasa forum berlangsung. Ini dapat dilihat daripada pelbagai persoalan yang diajukan kepada kedua-dua ahli panel semasa berlangsungnya sesi soal jawab.


Norzafry b Norhalim
Wartawan/Jurufoto
Media ISMA

Saturday, November 14, 2009

Niat untuk suatu ikatan pernikahan.

Aku dapat artikel ini dari blog sahabat sekelas di Sains Machang dulu... Artikel yang diambil dari blog ustaz Halim... Mungkin satu peringatan untuk diri serta sahabat-sahabat. Tapi kalau letak artikel sebegini orang kata aku nak kahwin pula.. well.. semua orang nak kahwin kan?


Saya mendirikan rumahtangga pada 27.7.1985 semasa menuntut di Australia. Ketika itu umur belum mencecah 20 tahun (lahir 6.11.1965). Sebagai mahasiswa tahun ke 2 di Fakulti Kejuruteraan, University of Queensland, Brisbane, berkahwin ketika belajar dalam usia masih muda pula menuntut satu keputusan yang besar, dalam kematangan yang tak seberapa. Isteri, Fariza Ibrahim, berasal dari Pulau Pinang adalah penuntut Tahun 1, Fakulti Sains di Queensland University of Technology, Brisbane tiada masalah dalam menerima pinangan yang dibuat melalui sepasang seniors masing-masing kebetulan yang menuntut di fakulti yang sama pula. Hanya sebulan selepas pinangan diterima, majlis Walimah dijayakan di Mount Gravatt Mosque, Nursery Road, Holland Park, Brisbane sebagai menyahut saranan Syeikh Sayyid Qandil dari Canberra dimana katanya orang-orang Kristian berkahwin di gereja, sedang ramai pasangan Islam berkahwin di rumah, padahal kita lebih awla (patut) berkahwin di rumah ibadat (masjid) dari mereka. Mungkin ia diantara perkahwinan paling murah kosnya yang pernah saya dengar, hanya AUD20 (~RM50) sebagai Mas Kahwin, sedang kekawan berlumba menghulur untuk belanja Walimah. Keluarga wanita pula tidak menyebut sebarang Wang Hantaran. Saya kira keberkatan rumahtangga yang terasa hingga ke hari ini adalah disebabkan minimanya Mas Kahwin, mudahnya urusan seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Namun disana ada satu faktor lain yang memberkati sebuah perkahwinan. Ia adalah niat berkahwin. Walaupun dalam usia masih muda, tetapi niat ketika itu bukan sahaja untuk menjaga diri hidup di tengah-tengah masyarakat Barat yang permissive (boleh apa sahaja) tetapi menjangkau kepada harapan dengan perkahwinan nanti, saya lebih memahami Dakwah ini dalam suasana yang lebih matang, jauh dari tekanan hidup sebagai seorang bujang di perantauan. Ya, niat kerana Dakwah, bukan kerana selainnya. Begitulah yang difahami di dalam perbincangan usrah tentang Hadis Pertama dari Hadis 40. Selain bernazar jika berjaya pernikahan, saya akan berpuasa 30 hari, tekad anak muda ini ialah bekerja lebih keras untuk Dakwah ini hingga akan berulangalik ke Toowoomba, 90km dari Brisbane, berdakwah kepada pelajar-pelajar baru yang dihantar di sana. Tekad awal seumpama ini atau hampir dengannya ada disebut oleh Syeikh Ahmad Ar-Rashid (penulis Al-Muntalaq) dalam tajuk “Al-Azm Al-Mubakkir” (Berazam Dari Awal) dengan mambawa contoh azam Warqah bin Naufal, sepupu Khadijah ra, kepada Rasulullah saw, “Sekiranya aku masih hidup dihari engkau dihalau oleh kaummu, aku akan menolongmu dengan pertolongan yang sekuat-kuatnya”.

Memang azam dari awal merupakan salah satu bekalan Dakwah yang besar terutama untuk para Duat. Kesannya terhadap keikhlasan, kesungguhan, ketabahan, pengorbanan di jalan Dakwah, ikatan hati terhadap isteri dan anak-anak dapat dirasai walau panjang masa berlalu. Kesannya Niat yang sahih lagi ikhlas bukan sahaja terasa mengalir di dalam diri bahkan di dalam diri zuriat yang kita kasihi walau dekad berganti dekad.


Kepada para mahasiswa sekelian yang saya pernah seperti mereka suatu masa dahulu, juga sesiapa sahaja yang sedang berada diambang perkahwinan, aturilah niatmu dari sekarang, demi masadepanmu yang masih panjang. Sekian.


....Ustaz Abdul Halim - inijalanku 1 Nov 2007....

Wednesday, November 11, 2009

Tunggu Hidayah Datang Bergolek?


Saya baru sahaja habis chatting dengan adik perempuan yang belajar di UiTM. Tanya dia... kenapa masih belum dapat konsisten dalam usrah? Sibuk katanya. Sebagai pelajar architecture dia ada banyak projek. Ketika mana dia diajak keluar ke program itulah dia terikat dengan kesibukan belajar. Di tambah pula dengan tidak ada kenderaan. Dikomplikasikan lagi dengan masalah kesihatan. Memang satu cabaran yang besar. Untuk terus survive di dalam course itu sendiri pun satu cabaran, apatah lagi nak involve dalam aktiviti tambahan seperti usrah (baginya ini mungkin aktiviti tambahan, bagi saya ini aktiviti utama).

Kes berbeza untuk adik yang seorang lagi. Naqibnya datang ke kolej setiap minggu, namun tak dapat juga konsisten dengan usrah. Alasan kesibukan? Saya dulu belajar di kolej yang sama dengannya, boleh aje survive.

Semuanya berbalik kepada kemahuan. Tipikal jawapan yang kita dengar bila ditanya soalan bila mahu berubah? "Pintu hidayah untuk aku belum terbuka"... meremang bulu roma saya bila menulis ayat itu... Mengikut pengalaman saya, jarang orang yang hidayahnya datang bergolek. Jarang sekali dijumpai. Mungkin kes yang istimewa berlaku pada Cat Steven yang diselamatkan ketika lemas. Itupun dia masuk Islam setelah bertahun-tahun berkelana mencari.

MENCARI!!! Sepanjang hidup saya, saya lihat, mereka yang telah berubah, berubah bukan dengan hidayah datang bergolek. Allah saja yang tahu betapa besar keperitan yang mereka lalui untuk berubah. Tetapi itulah tarbiah dari Allah... manusia tidak berubah sekelip mata begitu sahaja. Manusia berubah dengan ujian... tarbiah dariNya... bagi saya tidak ada istilah hidayah datang bergolek. Hari ni dapat hidayah, tup tup esok terus jadi pak lebai pakai serban lapan kaki.

Hidayah sentiasa datang mengetuk pintu hati kita. Cuma atas kita samada mahu menjawab ketukan pintu itu dan membukanya atau pun terus lena dibuai mimpi hubbun dunia.

Apabila pintu dibuka jangan mengharapkan permaidani merah. Hidayah datang menjemput kita untuk menempuh ujian. Satu tarbiah. Tarbiah yang berterusan sampai mati. Ayuh sentiasalah kita jawab panggilan hidayah itu... dan ikutlah cahayaNya... ikut dan terus ikut sampai ke liang lahad... kerana cahaya itu menyuluh jalan yang mustaqim... satu-satunya jalan lurus yang membawa kita ke syurga.

Saturday, November 7, 2009

Kita Tertipu di Jalan Dakwah


Dunia ini penuh dengan penipuan, dan tarikan. Boleh dikatakan penipuan dan tarikan dunia ini adalah sunnah Allah untuk kita manusia. Ia satu ketetapan yang mesti dilalui oleh manusia sebagaimana air mendidih apabila kita panaskan hingga 100 degree celcius pada 1 atmospheric pressure. Ia benda yang pasti kita hadapi. Artikel ini berbicara tentang penipuan dan tarikan dunia.

Penipuan dan tarikan ini berada di mana-mana sahaja kita berada. Ia berada di setiap ceruk, lorong dan denai kehidupan yang kita lalui. Maka tidak melampau jika saya kata di dalam dunia dakwah juga ada banyak unsur penipuan dan tarikan dunia. Saya tak berbicara tentang penipuan yang dilakukan manusia sesama manusia yang biasanya penuh dengan fitnah, caci mencaci dan sebagainya. Saya bercakap tentang penipuan yang diberikan oleh tarikan dunia itu sendiri di dalam meletakkan matlamat dakwah.



Dunia menipu kita dengan dakwah... pelik bunyinya... tetapi itulah hakikatnya yang perlu kita tempuhi. Pelbagai program kita jalankan di atas jalan ini. Ada program umum, ada program khusus. Ada usrah, ada daurah. Ada forum, ada ceramah. Ada jaulah, ada riadhah. Tapi sayangnya, di celah-celah program inilah dunia menipu kita, para daie.

Bagaimana dunia menipu kita dengan program? Iaitu dengan membisikkan kepada kita agar meletakkan matlamat duniawi di dalam objektif program. Kita jadi bangga dengan program-program yang kita lakukan. Kita kagum dengan pencapaian kita. Kita mahukan pencapaian yang lebih besar dan kita kecewa apabila pencapaian itu merudum.

Kita bangga apabila program Aman Palestin dianjurkan dengan jaya. Pelajar datang memenuhi dewan IMS... suatu fenomena yang tidak pernah berlaku di dalam sejarah IMS. Kita bangga dengan kejayaan JASSI 08... orang bercakap mengenainya... kita bangga dengan jumlah pelajar yang ramai datang ke daurah... sebaliknya kita kecewa jika sesuatu program tidak mendapat sambutan.



Tanpa kita sedari, kita menjadi program oriented dai'e. Dai'e yang hanya memikirkan program. Dai'e yang bergantung kepada pencapaian program.

Saya ingin mengajak rakan-rakan seperjuangan sekalian untuk menyedari bahawa hakikat perjuangan kita terletak pada pencapaian redha Allah, bukan skala kejayaan atau pencapaian dunia yang dicerminkan dengan kejayaan-kejayaan program-program yang umum mahupun khusus. Benchmark kejayaan dakwah ini bukanlah kejayaan program-program itu, tetapi kejayaan menghasilkan generasi rabbani yang dapat meneruskan perjuangan ini.

Disinilah terletaknya teras perjuangan kita. Core business kita adalah dakwah dan tarbiah. Dakwah kita bukan dakwah kepada program tetapi dakwah kepada Allah. Jadi janganlah berpuas hati seandainya kita dapati orang yang tak pernah hadir program kita tiba-tiba hadir. Itu belum cukup. Kerja kita adalah untuk mengajak mereka di luar sana untuk mengesakan Allah dan mengamalkan islam sebenar-benarnya tanpa mencampurinya dengan cara hidup yang lain... dan keperitan sebenar berada pada tarbiah... pendidikan, bukan pada pembikinan program. Kerana tarbiah itu memakan masa...

Tarbiah perit kerana ia memakan masa... dan kita takkan dapat lihat kesannya sehingga kita mati. Jadi, kalau kita tak dapat melihat hasil usaha ini sampai kita mati, apakah balasan yang dapat kita jadikan motivasi untuk terus thabat di jalan ini? Tak lain dan tak bukan, hanyalah redha Allah dan kunci syurganya...

Bila kita sebut jalan da'wah kita memaksudkan jalan kepada Allah swt, jalan kepada keredhaan dan syurga Allah, jalan yang telah dijalani oleh Rasulullah s.a.w., jalan yang sama yang pernah dijalani oleh semua Rasul, jalan mu'min dan itulah Siratul Mustaqim (petikan dari surat perlantikan IYA Bangalore)

Saya hadiahkan sepotong hadith untuk tatapan bersama:

Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah, ada manusia yang bukan para Nabi dan bukan para syuhada', tetapi para Nabi dan syuhada' cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat, kerana kedudukannya di sisi Allah Taala. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, tuan berutahu kami siapakah mereka itu? Rasululah menjawab: mereka adalah kumpulan yang saling berkasih sayang kerana ALlah bukan kerana hubungan keluarga antara mereka dan bukan pula kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah sesungguhnya muka mereka bercahaya dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak merasa takut ketika manusai merasa takut, tidak berdukacita ketika manusia lain berdukacita. Rasulullah pun membacakan ayat (bermaksud): Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (Yunus: 62)
(Riwayat Abu Dawud)

Wallahuallam...

Anas Aminin W M Izzuddin
Timbalan Pengerusi
IYA Bangalore


Wednesday, November 4, 2009

Ukhuwah & Theqah... ia terbina demi harakah ini



Rasanya inilah post pertama aku setelah pulang dari Mesir lebih sebulan yang lalu. Tak tertulis... rasanya sekarang adalah masanya untuk aku menulis. Kerana baru sekarang terasa impaknya.

Jaulah Mesir... Walaupun kami dikatakan sebagai ikhwah yang paling banyak berjalan, kurang berpengisian, namun segala yang diatur Allah itu ada setiap hikmahnya.





















Kami kurang pengisian di Mesir, tak seperti seorang akhwat yang ikut kami... dia banyak spend masanya bersama akhwat mesir, mendengar pengisian-pengisian. Tak mengapa... kerana Aku yakin, bukan itu tujuan kami ke Mesir. Tujuan kami ke Mesir adalah untuk berjaulah. Dan Jaulah ini mempunyai objektifnya tersendiri iaitu pemantapan ukhuwah dan pembinaan theqah.

Alhmdulillah... aku rasa, itulah yang kami dapat. Kita dapat apa yang kita niatkan. Kami berniat untuk rapatkan ukhuwah, untuk bina theqah. Maka itulah yang Allah berikan. Sepanjang dua minggu kami membina nilai sebuah ukhuwah dan theqah. Allah sajikan lagi pelbagai dugaan dan cabaran. Itulah madrasah yang kami lalui sepanjang dua Minggu di sana. Madrasah ukhuwah dan theqah... Ia satu pelajaran yang takkan didapati dalam daurah atau usrah.

Alhamdulillah... besar impaknya hasil madrasah ini... kerana ukhuwah itu kunci kepada sebuah pergerakan. Theqah itu pintu kepada kelancaran harakah ini. Tanpa ukhuwah dan theqah, tidak akan teguh organisasi ini. Dengan ukhuwah, setiap pekerjaan dilakukan bersama, dengan theqah setiap cabaran difikirkan bersama. Syukur padamu yaAllah... kau makbulkan doa permusafiranku. Kini aku ada ikhwah yang sanggup berkorban masa, tenaga dan harta...

Jazakallah pada ikhwah Mesir yang menunjukkan contoh tauladan. Antum telah memberikan satu tarbiah yang tidak ternilai buat kami. Tarbiah yang tak mungkin kami dapati dari daurah dan usrah...



Ya Allah, kau satukanlah hati-hati ini... isilah hati-hati ini dengan cahaya makrifahmu... thabatkanlah kami dijalan ini


Sunday, September 13, 2009

Melayu perlu hidupkan budaya ilmu – Aminuddin Yahaya



Melayu perlu hidupkan budaya ilmu – Aminuddin Yahaya


"Kekuatan sesuatu bangsa itu adalah apabila mereka memiliki ilmu pengetahuan," demikian ujar Setiausaha Agung ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya ketika menjadi salah seorang ahli panel dalam Forum Kemerdekaan anjuran ISMA Cawangan Shah Alam & Klang pada 5 September yang lepas.

Dalam usaha untuk memartabatkan kekuatan bangsa Melayu Muslim yang merupakan bangsa majoriti di Malaysia, beliau mengajak semua orang Melayu untuk keluar dari perangkap emosi yang merbahaya.

“Kalau kita lihat teori motivasi, orang yang penuh dengan emosi ini akan mudah untuk ditawan”.

“Oleh itu, kita perlu pastikan bahawa kita sentiasa berdiri teguh atas dasar rasional dan penuh dengan ilmu. Inilah yang akan menjadi perisai dari sebarang bentuk penjajahan.”

Beliau yang terkenal di dalam ISMA sebagai seorang yang menyeru ke arah pemikiran yang kritis dan kreatif, melahirkan rasa kesal dengan sikap sebahagian golongan muda Melayu yang makin kurang berusaha ke arah membentuk pemikiran yang luas.

“Apabila tiba sahaja waktu cuti, majoriti pelajar akan balik ke kampung semata-mata untuk berehat atau menghabiskan masa di pusat-pusat membeli belah, mencari “handphone” dan “laptop” model terbaru. Tetapi cuba kita lihat di Eropah, apabila tiba waktu cuti, majoriti belia akan pergi mengembara untuk melihat perkembangan di tempat-tempat lain, inilah yang membentuk pemikiran mereka.”

Fenomena ini menunjukkan betapa kecilnya ruang pemikiran golongan belia Melayu, yang hanya memikirkan kepentingan diri mereka sahaja. Andai budaya ini tidak diubah, bangsa Melayu akan kekal sebagai bangsa yang “menerima” bukan bangsa yang “memberi”.

Idea-idea Tuan Haji Aminuddin Yahaya boleh dibaca melalui tulisan beliau di blog suaradarigunung.wordpress.com.









Norzafry b Norhalim
Wartawan/Jurufoto
Media ISMA

Saturday, September 12, 2009

Elak politik “enjit-enjit semut” - Ustaz Abdullah Zaik





Dalam memberi komentar tentang senario politik tanahair terkini, Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman mengatakan bahawa yang terjadi ketika ini ialah parti-parti yang bertanding menggunakan peluang mendapatkan kuasa agar boleh menekan orang di bawah pemerintahan mereka.

”Maka terjadilah politik ala permainan Melayu ”enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas”, parti yang dahulunya di bawah, setelah menjadi pemerintah mereka pula menggunakan peluang untuk menekan parti-parti lain, dan ini akan jadi satu pusingan yang tidak akan berhenti,” jelas beliau dalam sebuah forum bertajuk ”Memartabatkan Kesetiaan Bangsa” anjuran ISMA Cawangan Shah Alam & Klang.

Turut menjadi ahli panel dalam forum tersebut ialah Ir. Ahmad Jais Alias, Pengarah Radio IKIM.fm dan Encik Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung ISMA.

Ustaz Abdullah juga bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi yang mengatakan bahawa perlunya wujud ”Politik hati nurani” yang mana politik digunakan semata-mata sebagai alat untuk menebarkan kebaikan untuk masyarakat.

Oleh itu, Ustaz Abdullah menyatakan bahawa ISMA akan terus dengan misi memberi pendidikan politik kepada masyarakat, agar masyarakat dipecahkan dari duduk dalam blok-blok politik yang akhirnya tidak membawa kepada perpaduan. Ujar beliau lagi, senario ”enjit-enjit semut” ini bukan sahaja berlaku antara parti pemerintah dengan pembangkang, malah ianya juga turut berlaku dalam sesebuah parti itu sendiri. Apabila seorang calon memenangi pilihanraya parti, maka hanya orang dalam bloknya sahaja yang akan dinaikkan, dan yang di dalam blok lain akan diketepikan.

Forum tersebut memfokuskan kepada permasalahan umat Islam di Malaysia pada ketika ini, yang mana ISMA memberi pandangan bahawa bangsa Melayu terlebih dahulu perlu disatukan tanpa mengira parti agar umat Islam dapat dibela. Ustaz Abdullah juga melahirkan kerisauan tentang golongan Melayu kini yang sudah ”hilang identiti” berbanding dengan generasi Melayu awal dahulu.

”Dahulu kita ada pejuang bangsa yang sejati, dan pejuang Islam yang sejati. Tetapi kini semua itu tidak wujud lagi. Perjuangan nasionalis mahupun islamis telah diancam dengan arus liberalisasi, demokrasi dan globalisasi. Arus-arus ini telah menyebabkan parti-parti politik berkompromi tentang hak-hak bangsa semata-mata ingin mencapai kemenangan dalam pilihanraya,” tegas beliau.

Memberi contoh gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Ustaz Abdullah mengatakan bahawa ahli gerakan tersebut dipenjarakan setiap hari, diseksa dan dibunuh, namun tetap kekal dalam tema perjuangan ”Islam Adalah Penyelesaian” tanpa terdorong untuk menuruti arus demokrasi yang lebih. Oleh itu, beliau berkata ISMA akan komited dalam mendidik masyarakat Muslim khususnya Melayu untuk kembali kepada ajaran Islam terlebih dahulu kerana inilah yang akan menjamin kejayaan yang hakiki.

Dalam soalan yang lain, Ustaz Abdullah juga berkata bahawa keghairahan sesebuah organisasi itu untuk meraih kesatuan ”segera” juga boleh menyebabkan perpecahan berlaku.

”Kesatuan tidak boleh dipaksa. Perbezaan ideologi atau pendapat adalah lumrah, sedangkan saudara kandung pun tidak sama, apatah lagi organisasi-organisasi yang besar?”

”Jalan terbaik ialah menghormati setiap pandangan mana-mana pertubuhan, dan mencari ruang untuk melakukan kerjasama. Memaksa kesatuan dengan cara meletakkan semua pertubuhan di bawah satu badan hanya akan menyebabkan perselisihan yang lebih besar.”

Forum tersebut berakhir pada lebih kurang jam 1 petang.


Norzafry b Norhalim
Wartawan/Jurufoto
Media ISMA

Saturday, August 29, 2009

Golongan Gugur di Jalan Dakwah


Realiti yang menggerunkan.


Posted on by Ustaz Halim

Konwanis 2009

Ucap Raya 3Pada tahun-tahun 1980an, mereka ke luar negara kerana ijazah (foto kecil), namun kembali membawa Risalah. Tidak ramai yang kekal berAmal Jamaiyy bersama organisasi-organisasi Islam hari ini. Setelah berusia, ramai lebih bersama keluarga dan karier.

Di tahun-tahun 1980an, ketika saya menuntut di Australia, gerakan Islam dikalangan pelajar Islam Malaysia di luar negara memuncak dengan dianggarkan 250 dari 2000 pelajar di Australia terlibat dalam usrah, 1500 dari 15,000 pelajar di Amerika dan seramai itu juga di United Kingdom. Angka ini saya pilih berdasar bilangan yang hadir dalam muktamar-muktamar tahunan yang diadakan di tiap satu negara, belum lagi mereka yang tak dapat hadir. Belum lagi peningkatan bilangan di tahun-tahun berikutnya. Belum lagi bilangan mahasiswa/i di universiti-universiti tempatan yang terlibat, walaupun pergerakan mereka agak dibatasi oleh akta dan kekangan-kekangan tempatan.

Hari ini, seperti saya, mereka berada diumur 40 dan 50an dan mempunyai anak-anak yang telah dan mula mengisi institusi-institusi pengajian tinggi pula. Mereka yang terus berada di dalam organisasi-organisasi Islam pada hari ini tidaklah seramai bilangan di atas, bahkan tidak mencapai suku darinya. Seperti makhluk lain, Dakwah Islam juga tunduk kepada Sunnah Alam yang efficiency amalnya sukar mencapai 1.0. 1.0 bermakna kita didik 100 orang dan 100 orang itu juga akan kekal dalam Jalan Dakwah tanpa gugur seorang pun. Kita isi petrol RM1.80 seliter untuk Tenaga Kinetik menggerakkan tayar, tetapi RM1.00 dihabiskan ke Tenaga Haba, RM0.30 ke Tenaga Bunyi dan RM0.50 sahaja ke Tenaga Kinetik (=0.50/1.80=28%).“The amount that you pay is not the amount that you get or expect”, kata pensyarah engineering saya dulu. Carnot Cycle (Thermodymanics) pun seingat saya hanya 0.6 maksimanya. Walaubagaimanapun, sebagai hamba, kita hanya dituntut beramal dan berusaha dalam Dakwah ini, manakala urusan Hidayah dan Istiqamahnya para Duat kita serahkan kepada Allah swt, Tuan punya Dakwah dan Hidayah. Di zaman Rasulullah saw juga ada yang gugur dalam rombongan Hijrah ke Habsyah dan selepas peristiwa Israk Mikraj.

AussieNamun begitu, Dakwah Islam adalah dakwah dikalangan manusia, diasaskan oleh para Rasul yang juga manusia, berpandukan Al-Kitab yang boleh ditelaah oleh manusia, berhadapan dengan kerenah dan serangan manusia. Maka Allah swt menjadikan Dakwah ini tunduk kepada Sunnah Alam yang meliputi peraturan berkaitan dengan tobiah/tabiat Merce 2(nature) manusia. Dakwah dimulai dengan “Iqrak” iaitu ilmu dan kefahaman tentang Dakwah, kemudian Al-Muzammil iaitu aqidah, ibadah dan akhlak, kemudian Markaz Arqam Abi Arqam iaitu ukhuwwah, kesatuan dan Amal Jamaiyy, kemudian Bai’ah Aqabah, Hijrah dan Hudaibiah iaitu politik, negara dan kedaulatan.

Dari penelitian, diantara sebab-sebab yang membawa kepada gugurnya para Pendakwah di jalan Allah di malaysia dari kalangan mahasiswa/i 1980an ialah :

  1. Kurang ilmu dan kefahaman tentang Islam, risalah dan objektif Islam terhadap masyarakat dan umat di dunia dan peranan menyeluruh yang mesti dimainkan oleh mereka. Islam bukan sekadar ingin menjadikan mahasiswa/i kakitangan yang saleh di Malaysia, malah lebih dari itu, sehingga menyebarkan panji-panji Islam ke seluruh dunia. Ini banyak disebabkan oleh bacaan yang terhad dan murabbi yang kurang arif.
  2. Lemah Tarbiyah, terutama jika ia hanya terhad kepada akhlak-akhlak Islam tanpa cuba memahami Seerah Rasulullah dan para Sahabat ra secara total dan menyeluruh, tidak terhad di Mekah dan Madinah, tetapi Dakwah dan tubuh mereka masuk ke benua-benua yang lain. Kesibukan menelaah pelajaran, menyiapkan kerja rumah/assignments, keterbatasan program dan rujukan disamping kelemahan murabbi menyumbang kepada lemahnya tarbiyah. Kewajipan Dakwah dan Amal Jamaiyy dalam mencapai cita-cita Islam kurang dihayati sepenuhnya.
  3. Lemah Ruh dan Ukhuwwah. Tarbiyah bukan sekadar meningkatkan pengetahuan dan fikiran, malah tarbiyah juga mentautkan hati-hati, menghormati, wafak/setia terhadap teman, murabbi dan seumpamanya. Alam pelajar yang rata-rata sebaya serta sering disibukkan dengan sepak terajang politik pelajar, banyak mengalih perhatian, pengalaman dan hati-hati dari sifat-sifat murni di atas. Gaya dan darah daging politik kuat mewarnai ramai personaliti mereka hingga ke hari ini walaupun mereka telah beranak cucu. Keterlibatan sebahagian pelajar dengan fenomena Asyiq (makwe pakwe, chatting dengan ajnabi dsb) melemahkan jiwa dan fokusnya kepada tarbiyah dan peningkatan diri hingga dia tak mampu menghadapi dugaan dan ujian dari Allah untuk meningkatkan darjat para Pendakwah.
  4. Mengutamakan pelajaran melebihi Dakwah, walau setelah lama mengikuti Tarbiyah dan mendidik orang lain pula. Jika ini berlaku sehingga setelah tamat pengajian masing-masing, Karier akan mengambil tempat Pelajaran sebagai nombor satu dalam hidup, manakala Dakwah akan tetap kekal sebagai nombor dua sepanjang hayatnya, dari alam pelajar hingga masuk ke alam kerja. Apa yang sebenar dituntut ialah cemerlang di dalam Pelajaran (kepujian kelas satu, jika boleh) tetapi ia tetap di nombor dua selepas Dakwah. Dakwah tetap bertahta dan menduduki tempat pertama di dalam hati.
  5. Ketidakjelasan Manhaj Taghyir (cara merubah umat kepada Islam). Ini menjadi lebih ketara selepas Home 2Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan mempopularkan manhaj “Islamisasi Ala-Mahathir” selama 16 tahun, sebelum beliau ditumbuk keluar dari UMNO pada tahun 1998. Ramai bekas mahasiswa/i 1980an yang tidak jelas Jalan Dakwah lebih dipengaruhi jalan yang akan mereka lalui dalam hidup hanya dengan merujuk senerio politik Malaysia semata-mata, lebih daripada jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw di dalam Seerah. Ramai beranggapan “Daulah Islam” dicapai bila Anwar di dalam UMNO dulu menjadi Perdana Menteri atau bila Pembangkang di Malaysia mendapat tampuk kuasa, setakat itu pemahaman mereka dari usrah dan bacaan. Tidak kurang ada yang beranggapan “Daulah Islam” ialah apa yang ada sekarang.
  6. Himpitan dunia, terutama apabila mahasiswa/i tamat dan pulang dizaman Depression akhir 1980an dan ramai menganggur lama sebelum mendapat kerja. Secara umumnya, mahasiswa/i di Barat biasa dengan hidup senang dengan biasiswa berbanding pelajar di Timur Tengah ketika itu. Saya merasa hidup dan mencari nafkah di kedua-dua dunia Barat dan Timur Tengah. Di Australia, saya perlu bekerja 2 minggu sahaja dan boleh membeli kereta terpakai yang baik. Himpitan dunia di Tanahair sebaik tamat pengajian adalah satu sentakan mengejut dan mempengaruhi iltizam mereka dengan Dakwah. Umumnya, graduan dari Timur Tengah lebih kental menghadapi himpitan hidup, tetapi ramai kecundang dek godaan dunia dan pangkat.
  7. Godaan dunia, terutama diera Ekonomi Rantau Asia dengan pertumbuhan melebihi 8% sepanjang Home 31990an. Disamping ramai Pendakwah yang disibukkan dan gugur, banyak NGO pula yang terkubur, termasuk AUSIS ketika itu, yang diasaskan oleh generasi saya pada tahun 1988.
  8. Lemah Organisasi dan teman-teman seperjuangan. Tidak jelas jalan dan matlamat Dakwah di Malaysia. Disamping himpitan dan godaan dunia, lebih memburukkan keadaan apabila teman dan badan Islam di Tanahair tidak mampu menunjukkan jalan yang jelas akan posisi dan peranan mahasiswa/i ini apabila mereka pulang ke Tanahair. Tidak ada pengumpulam pengalaman dan keberkatan berlaku di mana-mana badan Dakwah. Sesetengah pimpinan berusaha mencantas pimpinan yang lain, lalu mahasiswa/i yang asalnya ikhlas, hilang tempat pergantungan, menjadi bosan, kecewa dan gugur.

Demikian sedikit catitan pemerhatian sejarah dan realiti, mudah-mudahan bermenfaat kepada para Pendakwah terutama dikalangan mahasiswa/i hari ini di dalam dan di luar negara. Jalan terbaik dalam menghadapi fenomena ini ialah :

  1. Memantapkan tarbiyah golongan mahasiswa/i disegi manhaj, fikrah, murabbi, qadwah, Ukhuwwah, organisasi dan Amal Jamaiyy.
  2. Menyediakan bagi generasi masadepan organisasi yang mantap, berwibawa, jelas kefahaman tentang Risalah Islam dan Manhaj Taghyirnya, tajarrud pimpinan dan ahlinya, kuat Amal Dakwah dan pengorbanannya, utuh Ukhuwwah dan kesatuannya.
  3. Bekerja, berjihad dan berkorban melalui Manhaj Taghyir dan Jalan Dakwah yang sahih tanpa henti ke arah mendidik diri dan masyarakat Islam di sekeliling sehingga berlaku perubahan ke arah Islam yang dicita-citakan.

Kini berbekalkan kefahaman, keikhlasan dan kesungguhan melaksanakan Dakwah, diadun dengan pengalaman dan pengamatan apa yang telah dan sedang berlaku dalam senerio dakwah dan politik Tanahair, kita mengatur langkah dengan lebih berhati-hati, tetapi lebih jelas dan yakin. Kepada Allah jua kita memohon Petunjuk dan TaufiqNya di sepanjang Jalan ini. Ameen.

Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com

Sunday, August 23, 2009

Mardhatillah dalam bercinta

Soal cinta. Ia memang satu soal yang indah. Bila kita sebut Cinta, ramai yang mempunyai definisi masing2. Hemat saya, tak perlu untuk kita berbincang tentang definisi ini kerana ia sudah jelas; Cinta mestilah mardhatillah... menuju kepada Allah. Segala cinta hanya layak untuknya. Allahughyatuna.Tidak perlu kepada cinta sesama manusia? Hanya cinta kepada Allah? Jangan tipu.. Allah ciptakan kita bermasyarakat untuk kita berkasih sayang di antara satu sama lain. Kita memerlukan kepada sesama manusia. Tidak perlu kepada cinta dari lain jantina? Kotor katanya? Sekali lagi jangan tipu... Allah ciptakan kita berpasang-pasangan. Fitrah kita memerlukan diantara satu sama lain. Ringkasnya, cinta sesama manusia itu satu keperluan. Malah cinta di antara seorang lelaki dan perempuan adalah satu kewajipan!!! Bukan orang namanya kalau tak menginginkan kasih sayang dari seorang yang berlainan jantina.

kita perlu kepada sesama manusia

Sekarang soal melayarkan cinta kita kepada Allah. Tadi kan kita kita Allahughyatuna (Allah lah tujuanku). Macamana caranya untuk kita bercinta sesama manusia, pada yang sama cinta itu kerana Allah.

Mungkin senang untuk kita jelaskan konsep berkasih sayang kerana Allah bila kasih sayang itu hanya melibatkan ikhwah sesama ikhwah atau akhwat sesama akhwat sahaja. Senang.. berukhuwwah, bersama-sama di jalan dakwah. Itulah pusat kepada konsep berkasih sayang kerana Allah di kalangan sesama jantina.
kasih sayang kerana Allah... senang untuk kita define di antara sesama jantina

Tetapi malangnya, ramai yang terkeliru bila datan soal cinta di antara seorang ikhwah dan seorang akhwat. Di sini ramai yang bertakwil. Mereka membuat hubungan di luar pernikahan, lalu mengatakan bahawa ini 'kami bercinta kepada Allah'. Cinta anta-anti katakan.. hehe.

Ok, mungkin ramai juga yang suka sama suka, kemudian tak mahu terjebak ke dalam cinta anta-anti ini kemudia terus merancang untuk berkahwin. Bagus bunyinya, melaksakan syariat. Tetapi adakah dengan melaksanakan syariat sebegitu cukup untuk melengkapkan konsep bercinta kerana Allah di dalam rumahtangga?


Realitinya, tidak sebegitu hemat saya. Bila sudah berkahwin, ramai yang gugur dari 'bercinta kerana Allah ini.' Benarkah? Kenapa? Hemat saya, ketika mula melangkah ke gerbang rumah tangga, kedua pasangan ini tidak memahami tuntutan 'bercinta kerana Allah' yang sebenar-benarnya.

'Bercinta kerana Allah' edisi Nur Kasih

Lewat ini, ramai kawan-kawan yang mengikuti drama Nur Kasih. Menarik ceritanya. Mardhatillah kata orang. Hehe... Dalam cerita itu kita dapat lihat bagaimana si Adam ni berubah, manjadi orang yang baik, beragama, tak tinggal solat. Si Nor ni pulak bila tengok Adam ni dah mula berubah mula jatuh cinta kepada suaminya yang dulunya kaki arak, hidup dengan cara barat etc. Kesimpulannya, dapatlah dia bercinta kerana Allah dengan suaminya yang dah insaf ni.

Adakah ini contoh bercinta kerana Allah? Cukupkah dengan sekadar memastikan si suami itu solat tak tinggal, puasa tak tinggal, selalu menuturkan perkataan baik-baik semasa bercakap seperti Alhamdulillah, Astaghfirullah dan sebagainya? Cukupkah dengan memastikan si isteri itu menutup aurat, pakai tudung dan mengucapkan kata-kata yang baik? (Dialog Nur Kasih penuh dengan perkataan 'baik-baik' ini)

Hemat saya ini masih belum dikatakan sebagai 'bercinta kerana Allah'.

Di jalan apa kita menikah?

Jika apa yang kita bincang tentang konsep bercinta di dalam cerita Nur Kasih itu tidak lengkap untuk mendefinisikan 'Bercinta kerana Allah' jadi apakah konsep yang betul? Hemat saya kita dapat jelaskan konsep ini apabila kita jelaskan jalan pernikahan kita. Di jalan apakah kita menikah?

Ada yang berkahwin kerana kecantikan. Gadi tu sangat cantik. Tahap model cantiknya... Cun sangat, ayu... kita pun kahwin dengan dia... macam filem hindustan gitu... hmmm.. tapi malangnya, kecantikan itu tidak kekal.

Ada yang berkahwin kerana harta... Kita tahu si perempuan tu anak jutawan... Kita pun try tackle... Maka jadilah kita kaya... Dapat harta si gadis tu.... Tapi harta tidak kekal... maka hemat saya kahwin di jalan harta tidak selamat.

Ada yang berkahwin kerana kedudukan. Kita tahu si perempuan tu anak PM.. kita pun tackle.. Maka dapatlah kita jadi menantu PM... Dapatlah kita status dan kedudukan. Hmmm Status, kedudukan dan pangkat pun tidak kekal... Hari ni berkuasa, esok kalah pilihanraya jatuh juga kedudukan itu.

Ada yang berkahwin kerana agama.... Hoho.. Inilah yang kita nak!!! Pilih calon isteri kerana agamanya... Ikut sunnah nabi... Mestilah mahu calon yang baik-baik, pakai tudung labuh, pergi usrah... naqibah... huhu.. oopps.. not too fast bro... Di sini, ramai brothers yang terkeliru... juga sisters pada hemat saya (sebab hadith ni boleh diapply kat wanita yang memilih calon suami juga).

Kenapa saya kata ramai yang terkeliru? Cuba perhatikan. Si gadis itu akhlaknya baik... selalu ke masjid, selalu bertahajjud, bertudung labuh, ikut usrah... wow naqibah lagi. Tambahan pula cantik, ayu. Hmm... betulkah kahwin kerana agamanya? Hemat saya, ini bukan berkahwin kerana agama. Pandangan saya the fact that the girl selalu ke masjid, bertudung labuh, ikut usrah, dan sebagainya hanya menambah markah kecantikan kepada gadis itu di mata si teruna ini. Yang sebenarnya si teruna ni nampak adalah kecantikan dalam dan luarnya. Maka perkahwinannya di atas jalan kecantikan juga. Percayalah, kecantikan dalaman yang kita suka itupun akan pudar.

Baiklah, kita disarankan untuk memilih agamanya. Tetapi kalau saya kata akhlak mulia yang kita lihat itu hanyalah sebahagian dari pakej kecantikan, bagaimana kita mahu pastikan kita memilih agama di dalam perkahwinan?

Senang sahaja.

Menikah di jalan yang satu, jalan dakwah

Berkahwinlah di jalan dakwah.... bukan di jalan kecantikan, bukan di jalan harta mahupun pangkat.

Berkahwinlah dengan gadis itu supaya kita dapat melangsungkan keterlibatan kita di dalam dakwah sehingga ke hujung hayat kita. Agar kita dapat thabat, kekal di jalan dakwah ini sehingga ke liang lahad, bukan terhenti seusai belajar.



Menikahlah di jalan dakwah

Untuk berkahwin di jalan ini, ada satu pre-requisite. Anda mestilah berada di jalan ini terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

InsyaAllah, jika di jalan inilah anda berkahwin, kecantikan luaran boleh kita perolehi, kecantikan dalaman dapat kita kekalkan, kerana jalan dakwah menuntut kecantikan dalaman ini. Jalan dakwah menuntut kita untuk hadir ke usrah, untuk kita membimbing adik-adik di dalam usrah, untuk kita menjaga pergaulan, untuk kita menjaga aurat dan sebagainya.

Di Jalan dakwah, dapat kita capai Mardhatillah di dalam bercinta InsyaAllah.

Wallahuallam

P/S: bahaskan jika perlu, kerana saya mungkin salah

Saturday, August 22, 2009

Perutusan Ramadhan dan Peperiksaan dari Presiden IYA Bangalore

Para sahabat yang dikasihi sekalian.

Bulan Ramadhan yang suci datang lagi. Mudah-mudahan puasa kita pada kali ini menjadikan kita insan yang bertaqwa. Marilah kita bersungguh-sungguh mengambil peluang keemasan ini untuk membaiki dan meningkatkan prestasi diri supaya kita dapat melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Pada bulan yang mulia ini, kita semua berhadapan dengan satu agenda besar iaitu peperiksaan. Di kesempatan itu, IYA Bangalore ingin mengutuskan Salam Perjuangan kepada warga IMS sekalian, dalam menempuh peperiksaan yang sedang dan bakal berlangsung.

Para sahabat yang dikasihi sekalian.

Dalam kesibuka

n mentelaah pelajaran, perintah dan suruhan Allah janganlah sesekali diabaikan. Ingatlah bahawa kejayaan yang kita perolehi bukanlah penghasilan kudrat kita. Tetapi ianya hanya semata kurniaan dan pemberian dari Allah yang Maha Kaya. Ingatlah di dalam Al-Quran Allah berfirman:

“Maka apabila manusia ditimpakan bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, ‘Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku.’ Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”

(Surah Az-Zumar: 49)

Para sahabat yang dikasihi sekalian.

Peperiksaan ini adalah satu daripada juzuk

kehidupan kita yang besar. Kita percaya bahawa ia merupakan salah satu cabang-cabang jihad yang menuntut kesungguhan demi meraih keredhaan Allah. Peperiksaan itu tidak seharusnya menjauhkan kita daripada Allah swt. Segerakan bermuhasabah, mencari silap dan titik alpa sekiranya ia be

rlaku. Ingatlah, setiap perbuatan itu kita di dunia ini adalah pengabdian kita kepada Allah. Ibadah seharusnya mendekatkan kita dengan Pencipta, bukan sebaliknya. Berusahalah mempersiapkan apa yang termampu sebelum bertempur di medan jihad kelak. Saling membantu sesama rakan dalam adab-adab dan batasan syara’, kepada Ilahi bulatkan segala tawakkal dan pengharapan. Firman Allah:

“…Kemudian, apabila engkau membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakkal.”

(Surah Ali-‘Imran: 159)

Para sahabat yang dikasihi sekalian.

Sesungguhnya tiada yang susah mahu pun senang melainkan Dia yang menentukan segalanya. Peperiksaan buk

anlah medan untuk menguji siapakah yang lebih pintar, namun ia adalah suatu medan untuk menguji sejauh mana kebergantungan kita padaNya. Letakkan kepercayaan kalian padaNya. Usah takut, usah gentar.

Para sahabat yang dikasihi sekalian.

Bersedialah kita untuk memasuki bulan ya

ng mulia ini dengan penuh rasa gembira. Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita, berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmah, maghfirah dan itqum minannar. Ya Allah, terimalah ibadah dan taqarrub kami kepadaMu.

Ya Allah, jadikanlah kami di akhir Ramadan di kalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa seperti firmanMu bermaksud,

“Wahai orang-orang beriman, diwaji

bkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang

sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa…”

(Surah Al-Baqarah: 183).

Ameen.

Wallahu Walliyut Taufiq.

Selamat berjuang.








Ahmad Farid Nazmi bin Abdul Halim

Presiden

Islamic Youth Association (IYA) Bangalore

Friday, August 21, 2009

Projek BISMI Ditunda


Assalamualaikum. Disebabkan H1N1 di Malaysia sangat rampant dan menimbulkan panik, di atas nasihat Dr Latiff (mantan presiden PPIM), projek BISMI terpaksa ditunda kepada tahun depan. Kami akan mengkaji semula tarikh yang sesuai untuk menjalankan projek tersebut. Kami di pihak penganjur meminta maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.

Jzkk
Anas Aminin

Wednesday, August 19, 2009

Kelantan... the conservative state


I am reproducing this article i wrote in 2007 when I was still in Kelantan during the 3 months post IB holidays. This is for my muhasabah. I think I've become what I had described in this article... unproffessional...

Wikipedia described kelantan as a conservative state governed by a conservative islamic party. Is that true? Are Kelantanese really a bunch of conservatives and traditional that they are anti modernism? I would say yes if we look at the general population, the most of the kelantanese. If we look at pak cik2 kampung at the surau, we will see that they are really conservative. they are really.. erm.. "malay". They are usually negative minded, passive and talk a lot rather than do the job. However, they are good muslims. They pray five times a day, they pray jamaah at the surau, they hear sermons from tuk guru after maghrib prayers, they read quran, chant zikr and so forth. However, they are not professionals when it comes to job. They go to their job places wearing white ketayap but then they came in late and went off early. They talk a lot rather than do the job and they didn't take care of the cleanliness.
In this sense, they are not really muslims. Seeing in this perspective, Micheal and Paul from Australia are more muslim then they are although they are atheist. They came in early for the job, really focus on their tasks, keep their home and town clean by not littering, they care for the environment, they do charity and so many good things. Only that they don't believe in Allah and His prophet. If these two good people from Australia came to Kelantan, how possibly can Kelantanese attract them to embrace Islam? They'll see that Islam makes us like this. They'll say that Islam makes our culture like this. It's a sad thing.
Actually, Islam in kelantan for centuries has been Malay-ized. It has been so corrupted by our malay culture that the true colour of Islam has diminished. In this way, secularism are able to triumph. Here in Kelantan, we can see two main groups of population. The first one consists of those Pak Cik and Mak cik who go to Surau everyday for Solat Jamaah (the one i described before). The second group consists of people who don't go to surau for solat Jamaah. Who don't obey the basic pillars of Islam. Both are not professionals, and both are conservative. Ironically to a certain extent, both groups have Mat and Minah Rempit as their children.
Supposedly, those who went to surau and hear the sermons from tuk gurus can heal the second group of the population. However, they cannot. This is because of the perception that Islam only limited to the surau, not to their real life which are their works and family. They hear sermons to ease their heart, not to learn what Islam is and thus not to spread the message of islam. What about the tuk gurus? What are kind of sermons they give that make kelantanese like this?
Suposedly, if the true message of Islam is given, the audience, the pak cik and Mak cik kampung, are able to spread the message to their family members and colleagues and thus modernize them. However, Kelantanese in general are still conservative, passive, traditional and not professionals. Simply put, they are not modern. Islam promotes modern. Our prophet says that hikmah are Muslim's property(aukamaqo). Modernism is a good movement and that's one of the effect of the real implementization of Islam. Our Prophet Muhammad agrees with the action of certain sahabah for installing lamp at the mosque in madinah replacing the initial bonfire set up for night time ceremony. The installation is a modernizing process and the Prophet agrees with it.
Why does all these happens? This is what i discover. conservativeness itself began at the surau and masjids. The tuk gurus, they learn at the pondoks which spawned all around Kelantan and southern Thai. At the pondoks, the syllabus are based on the muktabar books from muktabar ulama who lives 100 to 500 years ago. These ulama are really muktabar. However one problem is, these books are classics. The ulama wrote the books in their era, not in our time. The interpretation of the books by the pondok students will put them in those ulama's eras thus making them conservative. Some of the books have contents that oppose logics.
there's one sickness in the Malay culture. Not daring to oppose what the ulama and tuk guru says, thinking that everything they say are right. How does this happen? This is the famous says uttered by tuk gurus at the surau: "Kito tok leh guno ppalo otok kito nok mike. palo otok kito ni bodo. ikut hok qure royat." (we cannot use our head to think. our mind is stupid, just follow what the quran says). Then, who are brilliant? Since the meaning of the quran are read and interpreted by the tuk gurus and ulama's then the pak cik and mak cik will follow what tuk guru and ulama say who came from pondoks, not what the quran says. this opposes what Allah says in the Quran. the ayat Ali Imran 190-191 told us to ponder at the nature and THINK. Interpret the nature, learn, think, be ULUL ALBAB (men who think). they just forgot that ulama and tuk gurus are normal human being, not prophet. To err is human. This is ultimately true. No human is perfect. Even the prophet makes mistakes. But our prophet Muhammad has perfect conscious from Allah (teguran). A clear example can be seen from surah Abasa. I guess, this is one of the reason why the GENERAL Kelantanese are conservatives.
I never deny that many of the Kelantanese are modern, thinkers, succesful people and real Muslims; rich, educated, influential but humble and follow what Allah commands and avoid doing what Allah deter. These are exceptional people who really understand the message of Islam. I am interested to include one idea from one muslim, malay proffesor. He said that modernization is not westernization. Modernization promotes the improvement from whatever conservatives for the betterment while westernization is the assimilation of western culture into one local culture. Islam promotes modernization not westernization. Many are confused by the term modernization by saying that moderization is westernization. Kelantan nowadays is still conservative and some of the youngsters are already westernized.
Let us all improve the knowledge tradition in Kelantan. Modernize it with the real message of Islam. It starts with ourselve. All those amalan like reading the quran, matsurat, solat five time a day at the mosque helps us to be a good, modern, proffessional muslim, not MAKE us become good. Ahmad is not a good person if he solat five times a day but go to work late and lazy in doing his job. Instead, people will say Micheal and Paul are good individuals. Ahmad is a good person, a good muslim if he prays five times a day and be proffesional at work, and teach his family about the message of Islam. Islam will only rise again if its true meaning is conveyed throgh the individuals, their family and last but not least, through the daulah. to see islam rise, start with ourselves.


ps: every single sentence in this article is arguable. Please think when u read and ready to critize either me, yourself or whoever you see around you. I am ready to be critize and i make mistakes. Ultimately, this article have mistakes but me as weak person didn't see it. Whatever good comes from Allah and whatever bad, keep it to yourselves as something to ponder and learn from. Wallahuallam.