Saturday, August 8, 2009

Berilah peringatan... yang terbaik



Iman itu Yazid wa Yankus... ia naik dan turun. Setengah orang kata, zaman lo ni, iman bukan lagi naik dan turun malah ia keluar dan masuk.Perkara sama berlaku pada setiap insan... imannya naik dan turun. Aku tidak terkecuali... kerana aku juga insan. Banyak kali iman ini yankus. Sukar juga untuk menjaganya.

Orang kata, kalau nak jaga iman, masuklah ke majlis ilmu, dengar peringatan. Hmm.. inilah yang aku lakukan hampir setiap hari. Peringatan demi peringatan menerjah masuk ke dalam benak fikiranku; tazkirah, tafsir qur'an, artikel, nasyid dan banyak lagi. Hidup aku tidak sunyi dari peringatan... Alhamdulillah.

Namun, apa yang aku sedari, peringatan-peringatan tersebut makin kurang keberkesanannya untuk aku. Pulang dari majlis ilmu, atau selesai membaca artikel, maksiat jua yang aku terjah. Yankus lagi... aduh!!! Terkadang pelik dengan diri sendiri; sering mendengar nasihat dan peringatan, tetapi masih lagi melakukan maksiat.


tidak cukup sekadar menerima peringatan

Di manakah solusinya? Sering jua aku berdoa kepada Allah agar dijaga hati ini agar tidak dipalingkan. Dan aku yakin, Allah tidak makbulkan doa kita secara magic iaitu dengan tiba-tiba, selepas mengaminkan doa kita jadi orang baik yang alim lagi wara'. Tidak... bukan begitu sunnatullahNya.

Aku yakin, doa kita mesti diiringi usaha. Baru namanya tawakkal. Tawakkal tidak semestinya dituju pada usaha-usaha duniawi seperti exam, kerja etc. Hemat aku, untuk menjaga iman pun kita perlu tawakkal. Bagaimana? Kita doa, dan kita berusaha menjaga iman kita.

Beralih kepada soal penjagaan iman. Alhamdulillah, aku menemui jalan yang baru untuk menjaga iman ku selain dari jalan mendengar peringatan. Jalan yang baru ini menuntut aku untuk memberi peringatan pula. Ya! disamping menerima, aku juga perlu memberi, barulah terlekat peringatan-peringatan itu di hati. Formulanya insyaAllah telah ku temui. Untuk menjaga hati dan iman ini, di samping menerima peringatan, aku juga perlu memberi peringatan. Itulah dakwah.
Kita juga perlu memberi peringatan di samping menerima peringatan

Bercakap soal peringatan. Ya, memang Allah suruh kita bagi peringatan. Tetapi adakah cukup sekadar kita memberi sepatah dua ayat kemudian balik tidur? Ramai orang bertanggapan demikian. Cukuplah sekadar aku bagi ceramah kat masjid seminggu tiga kali. Atau cukuplah aku berceramah berjam-jam sehari. Aku dah beri peringatan, aku dah buat dakwah. Hmmm.... Begitu senangnya kerja dakwah ek? Kalau macam tu mesti dah lama selesai masalah sosial. Tidakkah kita terfikir bahawa seboleh-bolehnya, peringatan yang kita beri itu adalah peringatan yang terbaik. Apakah peringatan yang terbaik? Hemat saya, tiadalah peringatan yang paling baik melainkan peringatan itu dapat mengubah seseorang itu menjadi insan yang bertakwa.

Maka, peringatan kita mestilah peringatan yang dapat mengubah. Dakwah kita mestilah dakwah yang dapat mengubah manusia agar lebih bertakwa kepada Allah. Dakwah kita tidak cukup dengan program-program atau ceramah-ceramah di masjid. Inilah dakwah nabi. Dakwah yang mampu mengubah lelaki sebengis Umar menjadi perwira Islam yang mampu mengembangkan empire Islam. Dan dakwah ini menuntut pengorbanan yang besar.


Peringatan itu mestilah peringatan yang mampu merubah

Aku mahu menjaga hati, untuk menjaga hati, perlu beri peringatan tidak cukup dengan hanya menerima peringatan. Alang-alang memberi peringatan, mestilah beri yang terbaik, dan peringatan yang terbaik itu adalah peringatan yang mampu mengubah.

Wallahuallam.

No comments: