Saturday, August 29, 2009

Golongan Gugur di Jalan Dakwah


Realiti yang menggerunkan.


Posted on by Ustaz Halim

Konwanis 2009

Ucap Raya 3Pada tahun-tahun 1980an, mereka ke luar negara kerana ijazah (foto kecil), namun kembali membawa Risalah. Tidak ramai yang kekal berAmal Jamaiyy bersama organisasi-organisasi Islam hari ini. Setelah berusia, ramai lebih bersama keluarga dan karier.

Di tahun-tahun 1980an, ketika saya menuntut di Australia, gerakan Islam dikalangan pelajar Islam Malaysia di luar negara memuncak dengan dianggarkan 250 dari 2000 pelajar di Australia terlibat dalam usrah, 1500 dari 15,000 pelajar di Amerika dan seramai itu juga di United Kingdom. Angka ini saya pilih berdasar bilangan yang hadir dalam muktamar-muktamar tahunan yang diadakan di tiap satu negara, belum lagi mereka yang tak dapat hadir. Belum lagi peningkatan bilangan di tahun-tahun berikutnya. Belum lagi bilangan mahasiswa/i di universiti-universiti tempatan yang terlibat, walaupun pergerakan mereka agak dibatasi oleh akta dan kekangan-kekangan tempatan.

Hari ini, seperti saya, mereka berada diumur 40 dan 50an dan mempunyai anak-anak yang telah dan mula mengisi institusi-institusi pengajian tinggi pula. Mereka yang terus berada di dalam organisasi-organisasi Islam pada hari ini tidaklah seramai bilangan di atas, bahkan tidak mencapai suku darinya. Seperti makhluk lain, Dakwah Islam juga tunduk kepada Sunnah Alam yang efficiency amalnya sukar mencapai 1.0. 1.0 bermakna kita didik 100 orang dan 100 orang itu juga akan kekal dalam Jalan Dakwah tanpa gugur seorang pun. Kita isi petrol RM1.80 seliter untuk Tenaga Kinetik menggerakkan tayar, tetapi RM1.00 dihabiskan ke Tenaga Haba, RM0.30 ke Tenaga Bunyi dan RM0.50 sahaja ke Tenaga Kinetik (=0.50/1.80=28%).“The amount that you pay is not the amount that you get or expect”, kata pensyarah engineering saya dulu. Carnot Cycle (Thermodymanics) pun seingat saya hanya 0.6 maksimanya. Walaubagaimanapun, sebagai hamba, kita hanya dituntut beramal dan berusaha dalam Dakwah ini, manakala urusan Hidayah dan Istiqamahnya para Duat kita serahkan kepada Allah swt, Tuan punya Dakwah dan Hidayah. Di zaman Rasulullah saw juga ada yang gugur dalam rombongan Hijrah ke Habsyah dan selepas peristiwa Israk Mikraj.

AussieNamun begitu, Dakwah Islam adalah dakwah dikalangan manusia, diasaskan oleh para Rasul yang juga manusia, berpandukan Al-Kitab yang boleh ditelaah oleh manusia, berhadapan dengan kerenah dan serangan manusia. Maka Allah swt menjadikan Dakwah ini tunduk kepada Sunnah Alam yang meliputi peraturan berkaitan dengan tobiah/tabiat Merce 2(nature) manusia. Dakwah dimulai dengan “Iqrak” iaitu ilmu dan kefahaman tentang Dakwah, kemudian Al-Muzammil iaitu aqidah, ibadah dan akhlak, kemudian Markaz Arqam Abi Arqam iaitu ukhuwwah, kesatuan dan Amal Jamaiyy, kemudian Bai’ah Aqabah, Hijrah dan Hudaibiah iaitu politik, negara dan kedaulatan.

Dari penelitian, diantara sebab-sebab yang membawa kepada gugurnya para Pendakwah di jalan Allah di malaysia dari kalangan mahasiswa/i 1980an ialah :

  1. Kurang ilmu dan kefahaman tentang Islam, risalah dan objektif Islam terhadap masyarakat dan umat di dunia dan peranan menyeluruh yang mesti dimainkan oleh mereka. Islam bukan sekadar ingin menjadikan mahasiswa/i kakitangan yang saleh di Malaysia, malah lebih dari itu, sehingga menyebarkan panji-panji Islam ke seluruh dunia. Ini banyak disebabkan oleh bacaan yang terhad dan murabbi yang kurang arif.
  2. Lemah Tarbiyah, terutama jika ia hanya terhad kepada akhlak-akhlak Islam tanpa cuba memahami Seerah Rasulullah dan para Sahabat ra secara total dan menyeluruh, tidak terhad di Mekah dan Madinah, tetapi Dakwah dan tubuh mereka masuk ke benua-benua yang lain. Kesibukan menelaah pelajaran, menyiapkan kerja rumah/assignments, keterbatasan program dan rujukan disamping kelemahan murabbi menyumbang kepada lemahnya tarbiyah. Kewajipan Dakwah dan Amal Jamaiyy dalam mencapai cita-cita Islam kurang dihayati sepenuhnya.
  3. Lemah Ruh dan Ukhuwwah. Tarbiyah bukan sekadar meningkatkan pengetahuan dan fikiran, malah tarbiyah juga mentautkan hati-hati, menghormati, wafak/setia terhadap teman, murabbi dan seumpamanya. Alam pelajar yang rata-rata sebaya serta sering disibukkan dengan sepak terajang politik pelajar, banyak mengalih perhatian, pengalaman dan hati-hati dari sifat-sifat murni di atas. Gaya dan darah daging politik kuat mewarnai ramai personaliti mereka hingga ke hari ini walaupun mereka telah beranak cucu. Keterlibatan sebahagian pelajar dengan fenomena Asyiq (makwe pakwe, chatting dengan ajnabi dsb) melemahkan jiwa dan fokusnya kepada tarbiyah dan peningkatan diri hingga dia tak mampu menghadapi dugaan dan ujian dari Allah untuk meningkatkan darjat para Pendakwah.
  4. Mengutamakan pelajaran melebihi Dakwah, walau setelah lama mengikuti Tarbiyah dan mendidik orang lain pula. Jika ini berlaku sehingga setelah tamat pengajian masing-masing, Karier akan mengambil tempat Pelajaran sebagai nombor satu dalam hidup, manakala Dakwah akan tetap kekal sebagai nombor dua sepanjang hayatnya, dari alam pelajar hingga masuk ke alam kerja. Apa yang sebenar dituntut ialah cemerlang di dalam Pelajaran (kepujian kelas satu, jika boleh) tetapi ia tetap di nombor dua selepas Dakwah. Dakwah tetap bertahta dan menduduki tempat pertama di dalam hati.
  5. Ketidakjelasan Manhaj Taghyir (cara merubah umat kepada Islam). Ini menjadi lebih ketara selepas Home 2Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan mempopularkan manhaj “Islamisasi Ala-Mahathir” selama 16 tahun, sebelum beliau ditumbuk keluar dari UMNO pada tahun 1998. Ramai bekas mahasiswa/i 1980an yang tidak jelas Jalan Dakwah lebih dipengaruhi jalan yang akan mereka lalui dalam hidup hanya dengan merujuk senerio politik Malaysia semata-mata, lebih daripada jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw di dalam Seerah. Ramai beranggapan “Daulah Islam” dicapai bila Anwar di dalam UMNO dulu menjadi Perdana Menteri atau bila Pembangkang di Malaysia mendapat tampuk kuasa, setakat itu pemahaman mereka dari usrah dan bacaan. Tidak kurang ada yang beranggapan “Daulah Islam” ialah apa yang ada sekarang.
  6. Himpitan dunia, terutama apabila mahasiswa/i tamat dan pulang dizaman Depression akhir 1980an dan ramai menganggur lama sebelum mendapat kerja. Secara umumnya, mahasiswa/i di Barat biasa dengan hidup senang dengan biasiswa berbanding pelajar di Timur Tengah ketika itu. Saya merasa hidup dan mencari nafkah di kedua-dua dunia Barat dan Timur Tengah. Di Australia, saya perlu bekerja 2 minggu sahaja dan boleh membeli kereta terpakai yang baik. Himpitan dunia di Tanahair sebaik tamat pengajian adalah satu sentakan mengejut dan mempengaruhi iltizam mereka dengan Dakwah. Umumnya, graduan dari Timur Tengah lebih kental menghadapi himpitan hidup, tetapi ramai kecundang dek godaan dunia dan pangkat.
  7. Godaan dunia, terutama diera Ekonomi Rantau Asia dengan pertumbuhan melebihi 8% sepanjang Home 31990an. Disamping ramai Pendakwah yang disibukkan dan gugur, banyak NGO pula yang terkubur, termasuk AUSIS ketika itu, yang diasaskan oleh generasi saya pada tahun 1988.
  8. Lemah Organisasi dan teman-teman seperjuangan. Tidak jelas jalan dan matlamat Dakwah di Malaysia. Disamping himpitan dan godaan dunia, lebih memburukkan keadaan apabila teman dan badan Islam di Tanahair tidak mampu menunjukkan jalan yang jelas akan posisi dan peranan mahasiswa/i ini apabila mereka pulang ke Tanahair. Tidak ada pengumpulam pengalaman dan keberkatan berlaku di mana-mana badan Dakwah. Sesetengah pimpinan berusaha mencantas pimpinan yang lain, lalu mahasiswa/i yang asalnya ikhlas, hilang tempat pergantungan, menjadi bosan, kecewa dan gugur.

Demikian sedikit catitan pemerhatian sejarah dan realiti, mudah-mudahan bermenfaat kepada para Pendakwah terutama dikalangan mahasiswa/i hari ini di dalam dan di luar negara. Jalan terbaik dalam menghadapi fenomena ini ialah :

  1. Memantapkan tarbiyah golongan mahasiswa/i disegi manhaj, fikrah, murabbi, qadwah, Ukhuwwah, organisasi dan Amal Jamaiyy.
  2. Menyediakan bagi generasi masadepan organisasi yang mantap, berwibawa, jelas kefahaman tentang Risalah Islam dan Manhaj Taghyirnya, tajarrud pimpinan dan ahlinya, kuat Amal Dakwah dan pengorbanannya, utuh Ukhuwwah dan kesatuannya.
  3. Bekerja, berjihad dan berkorban melalui Manhaj Taghyir dan Jalan Dakwah yang sahih tanpa henti ke arah mendidik diri dan masyarakat Islam di sekeliling sehingga berlaku perubahan ke arah Islam yang dicita-citakan.

Kini berbekalkan kefahaman, keikhlasan dan kesungguhan melaksanakan Dakwah, diadun dengan pengalaman dan pengamatan apa yang telah dan sedang berlaku dalam senerio dakwah dan politik Tanahair, kita mengatur langkah dengan lebih berhati-hati, tetapi lebih jelas dan yakin. Kepada Allah jua kita memohon Petunjuk dan TaufiqNya di sepanjang Jalan ini. Ameen.

Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com

Sunday, August 23, 2009

Mardhatillah dalam bercinta

Soal cinta. Ia memang satu soal yang indah. Bila kita sebut Cinta, ramai yang mempunyai definisi masing2. Hemat saya, tak perlu untuk kita berbincang tentang definisi ini kerana ia sudah jelas; Cinta mestilah mardhatillah... menuju kepada Allah. Segala cinta hanya layak untuknya. Allahughyatuna.Tidak perlu kepada cinta sesama manusia? Hanya cinta kepada Allah? Jangan tipu.. Allah ciptakan kita bermasyarakat untuk kita berkasih sayang di antara satu sama lain. Kita memerlukan kepada sesama manusia. Tidak perlu kepada cinta dari lain jantina? Kotor katanya? Sekali lagi jangan tipu... Allah ciptakan kita berpasang-pasangan. Fitrah kita memerlukan diantara satu sama lain. Ringkasnya, cinta sesama manusia itu satu keperluan. Malah cinta di antara seorang lelaki dan perempuan adalah satu kewajipan!!! Bukan orang namanya kalau tak menginginkan kasih sayang dari seorang yang berlainan jantina.

kita perlu kepada sesama manusia

Sekarang soal melayarkan cinta kita kepada Allah. Tadi kan kita kita Allahughyatuna (Allah lah tujuanku). Macamana caranya untuk kita bercinta sesama manusia, pada yang sama cinta itu kerana Allah.

Mungkin senang untuk kita jelaskan konsep berkasih sayang kerana Allah bila kasih sayang itu hanya melibatkan ikhwah sesama ikhwah atau akhwat sesama akhwat sahaja. Senang.. berukhuwwah, bersama-sama di jalan dakwah. Itulah pusat kepada konsep berkasih sayang kerana Allah di kalangan sesama jantina.
kasih sayang kerana Allah... senang untuk kita define di antara sesama jantina

Tetapi malangnya, ramai yang terkeliru bila datan soal cinta di antara seorang ikhwah dan seorang akhwat. Di sini ramai yang bertakwil. Mereka membuat hubungan di luar pernikahan, lalu mengatakan bahawa ini 'kami bercinta kepada Allah'. Cinta anta-anti katakan.. hehe.

Ok, mungkin ramai juga yang suka sama suka, kemudian tak mahu terjebak ke dalam cinta anta-anti ini kemudia terus merancang untuk berkahwin. Bagus bunyinya, melaksakan syariat. Tetapi adakah dengan melaksanakan syariat sebegitu cukup untuk melengkapkan konsep bercinta kerana Allah di dalam rumahtangga?


Realitinya, tidak sebegitu hemat saya. Bila sudah berkahwin, ramai yang gugur dari 'bercinta kerana Allah ini.' Benarkah? Kenapa? Hemat saya, ketika mula melangkah ke gerbang rumah tangga, kedua pasangan ini tidak memahami tuntutan 'bercinta kerana Allah' yang sebenar-benarnya.

'Bercinta kerana Allah' edisi Nur Kasih

Lewat ini, ramai kawan-kawan yang mengikuti drama Nur Kasih. Menarik ceritanya. Mardhatillah kata orang. Hehe... Dalam cerita itu kita dapat lihat bagaimana si Adam ni berubah, manjadi orang yang baik, beragama, tak tinggal solat. Si Nor ni pulak bila tengok Adam ni dah mula berubah mula jatuh cinta kepada suaminya yang dulunya kaki arak, hidup dengan cara barat etc. Kesimpulannya, dapatlah dia bercinta kerana Allah dengan suaminya yang dah insaf ni.

Adakah ini contoh bercinta kerana Allah? Cukupkah dengan sekadar memastikan si suami itu solat tak tinggal, puasa tak tinggal, selalu menuturkan perkataan baik-baik semasa bercakap seperti Alhamdulillah, Astaghfirullah dan sebagainya? Cukupkah dengan memastikan si isteri itu menutup aurat, pakai tudung dan mengucapkan kata-kata yang baik? (Dialog Nur Kasih penuh dengan perkataan 'baik-baik' ini)

Hemat saya ini masih belum dikatakan sebagai 'bercinta kerana Allah'.

Di jalan apa kita menikah?

Jika apa yang kita bincang tentang konsep bercinta di dalam cerita Nur Kasih itu tidak lengkap untuk mendefinisikan 'Bercinta kerana Allah' jadi apakah konsep yang betul? Hemat saya kita dapat jelaskan konsep ini apabila kita jelaskan jalan pernikahan kita. Di jalan apakah kita menikah?

Ada yang berkahwin kerana kecantikan. Gadi tu sangat cantik. Tahap model cantiknya... Cun sangat, ayu... kita pun kahwin dengan dia... macam filem hindustan gitu... hmmm.. tapi malangnya, kecantikan itu tidak kekal.

Ada yang berkahwin kerana harta... Kita tahu si perempuan tu anak jutawan... Kita pun try tackle... Maka jadilah kita kaya... Dapat harta si gadis tu.... Tapi harta tidak kekal... maka hemat saya kahwin di jalan harta tidak selamat.

Ada yang berkahwin kerana kedudukan. Kita tahu si perempuan tu anak PM.. kita pun tackle.. Maka dapatlah kita jadi menantu PM... Dapatlah kita status dan kedudukan. Hmmm Status, kedudukan dan pangkat pun tidak kekal... Hari ni berkuasa, esok kalah pilihanraya jatuh juga kedudukan itu.

Ada yang berkahwin kerana agama.... Hoho.. Inilah yang kita nak!!! Pilih calon isteri kerana agamanya... Ikut sunnah nabi... Mestilah mahu calon yang baik-baik, pakai tudung labuh, pergi usrah... naqibah... huhu.. oopps.. not too fast bro... Di sini, ramai brothers yang terkeliru... juga sisters pada hemat saya (sebab hadith ni boleh diapply kat wanita yang memilih calon suami juga).

Kenapa saya kata ramai yang terkeliru? Cuba perhatikan. Si gadis itu akhlaknya baik... selalu ke masjid, selalu bertahajjud, bertudung labuh, ikut usrah... wow naqibah lagi. Tambahan pula cantik, ayu. Hmm... betulkah kahwin kerana agamanya? Hemat saya, ini bukan berkahwin kerana agama. Pandangan saya the fact that the girl selalu ke masjid, bertudung labuh, ikut usrah, dan sebagainya hanya menambah markah kecantikan kepada gadis itu di mata si teruna ini. Yang sebenarnya si teruna ni nampak adalah kecantikan dalam dan luarnya. Maka perkahwinannya di atas jalan kecantikan juga. Percayalah, kecantikan dalaman yang kita suka itupun akan pudar.

Baiklah, kita disarankan untuk memilih agamanya. Tetapi kalau saya kata akhlak mulia yang kita lihat itu hanyalah sebahagian dari pakej kecantikan, bagaimana kita mahu pastikan kita memilih agama di dalam perkahwinan?

Senang sahaja.

Menikah di jalan yang satu, jalan dakwah

Berkahwinlah di jalan dakwah.... bukan di jalan kecantikan, bukan di jalan harta mahupun pangkat.

Berkahwinlah dengan gadis itu supaya kita dapat melangsungkan keterlibatan kita di dalam dakwah sehingga ke hujung hayat kita. Agar kita dapat thabat, kekal di jalan dakwah ini sehingga ke liang lahad, bukan terhenti seusai belajar.



Menikahlah di jalan dakwah

Untuk berkahwin di jalan ini, ada satu pre-requisite. Anda mestilah berada di jalan ini terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

InsyaAllah, jika di jalan inilah anda berkahwin, kecantikan luaran boleh kita perolehi, kecantikan dalaman dapat kita kekalkan, kerana jalan dakwah menuntut kecantikan dalaman ini. Jalan dakwah menuntut kita untuk hadir ke usrah, untuk kita membimbing adik-adik di dalam usrah, untuk kita menjaga pergaulan, untuk kita menjaga aurat dan sebagainya.

Di Jalan dakwah, dapat kita capai Mardhatillah di dalam bercinta InsyaAllah.

Wallahuallam

P/S: bahaskan jika perlu, kerana saya mungkin salah

Saturday, August 22, 2009

Perutusan Ramadhan dan Peperiksaan dari Presiden IYA Bangalore

Para sahabat yang dikasihi sekalian.

Bulan Ramadhan yang suci datang lagi. Mudah-mudahan puasa kita pada kali ini menjadikan kita insan yang bertaqwa. Marilah kita bersungguh-sungguh mengambil peluang keemasan ini untuk membaiki dan meningkatkan prestasi diri supaya kita dapat melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Pada bulan yang mulia ini, kita semua berhadapan dengan satu agenda besar iaitu peperiksaan. Di kesempatan itu, IYA Bangalore ingin mengutuskan Salam Perjuangan kepada warga IMS sekalian, dalam menempuh peperiksaan yang sedang dan bakal berlangsung.

Para sahabat yang dikasihi sekalian.

Dalam kesibuka

n mentelaah pelajaran, perintah dan suruhan Allah janganlah sesekali diabaikan. Ingatlah bahawa kejayaan yang kita perolehi bukanlah penghasilan kudrat kita. Tetapi ianya hanya semata kurniaan dan pemberian dari Allah yang Maha Kaya. Ingatlah di dalam Al-Quran Allah berfirman:

“Maka apabila manusia ditimpakan bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, ‘Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku.’ Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”

(Surah Az-Zumar: 49)

Para sahabat yang dikasihi sekalian.

Peperiksaan ini adalah satu daripada juzuk

kehidupan kita yang besar. Kita percaya bahawa ia merupakan salah satu cabang-cabang jihad yang menuntut kesungguhan demi meraih keredhaan Allah. Peperiksaan itu tidak seharusnya menjauhkan kita daripada Allah swt. Segerakan bermuhasabah, mencari silap dan titik alpa sekiranya ia be

rlaku. Ingatlah, setiap perbuatan itu kita di dunia ini adalah pengabdian kita kepada Allah. Ibadah seharusnya mendekatkan kita dengan Pencipta, bukan sebaliknya. Berusahalah mempersiapkan apa yang termampu sebelum bertempur di medan jihad kelak. Saling membantu sesama rakan dalam adab-adab dan batasan syara’, kepada Ilahi bulatkan segala tawakkal dan pengharapan. Firman Allah:

“…Kemudian, apabila engkau membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakkal.”

(Surah Ali-‘Imran: 159)

Para sahabat yang dikasihi sekalian.

Sesungguhnya tiada yang susah mahu pun senang melainkan Dia yang menentukan segalanya. Peperiksaan buk

anlah medan untuk menguji siapakah yang lebih pintar, namun ia adalah suatu medan untuk menguji sejauh mana kebergantungan kita padaNya. Letakkan kepercayaan kalian padaNya. Usah takut, usah gentar.

Para sahabat yang dikasihi sekalian.

Bersedialah kita untuk memasuki bulan ya

ng mulia ini dengan penuh rasa gembira. Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita, berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmah, maghfirah dan itqum minannar. Ya Allah, terimalah ibadah dan taqarrub kami kepadaMu.

Ya Allah, jadikanlah kami di akhir Ramadan di kalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa seperti firmanMu bermaksud,

“Wahai orang-orang beriman, diwaji

bkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang

sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa…”

(Surah Al-Baqarah: 183).

Ameen.

Wallahu Walliyut Taufiq.

Selamat berjuang.








Ahmad Farid Nazmi bin Abdul Halim

Presiden

Islamic Youth Association (IYA) Bangalore

Friday, August 21, 2009

Projek BISMI Ditunda


Assalamualaikum. Disebabkan H1N1 di Malaysia sangat rampant dan menimbulkan panik, di atas nasihat Dr Latiff (mantan presiden PPIM), projek BISMI terpaksa ditunda kepada tahun depan. Kami akan mengkaji semula tarikh yang sesuai untuk menjalankan projek tersebut. Kami di pihak penganjur meminta maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.

Jzkk
Anas Aminin

Wednesday, August 19, 2009

Kelantan... the conservative state


I am reproducing this article i wrote in 2007 when I was still in Kelantan during the 3 months post IB holidays. This is for my muhasabah. I think I've become what I had described in this article... unproffessional...

Wikipedia described kelantan as a conservative state governed by a conservative islamic party. Is that true? Are Kelantanese really a bunch of conservatives and traditional that they are anti modernism? I would say yes if we look at the general population, the most of the kelantanese. If we look at pak cik2 kampung at the surau, we will see that they are really conservative. they are really.. erm.. "malay". They are usually negative minded, passive and talk a lot rather than do the job. However, they are good muslims. They pray five times a day, they pray jamaah at the surau, they hear sermons from tuk guru after maghrib prayers, they read quran, chant zikr and so forth. However, they are not professionals when it comes to job. They go to their job places wearing white ketayap but then they came in late and went off early. They talk a lot rather than do the job and they didn't take care of the cleanliness.
In this sense, they are not really muslims. Seeing in this perspective, Micheal and Paul from Australia are more muslim then they are although they are atheist. They came in early for the job, really focus on their tasks, keep their home and town clean by not littering, they care for the environment, they do charity and so many good things. Only that they don't believe in Allah and His prophet. If these two good people from Australia came to Kelantan, how possibly can Kelantanese attract them to embrace Islam? They'll see that Islam makes us like this. They'll say that Islam makes our culture like this. It's a sad thing.
Actually, Islam in kelantan for centuries has been Malay-ized. It has been so corrupted by our malay culture that the true colour of Islam has diminished. In this way, secularism are able to triumph. Here in Kelantan, we can see two main groups of population. The first one consists of those Pak Cik and Mak cik who go to Surau everyday for Solat Jamaah (the one i described before). The second group consists of people who don't go to surau for solat Jamaah. Who don't obey the basic pillars of Islam. Both are not professionals, and both are conservative. Ironically to a certain extent, both groups have Mat and Minah Rempit as their children.
Supposedly, those who went to surau and hear the sermons from tuk gurus can heal the second group of the population. However, they cannot. This is because of the perception that Islam only limited to the surau, not to their real life which are their works and family. They hear sermons to ease their heart, not to learn what Islam is and thus not to spread the message of islam. What about the tuk gurus? What are kind of sermons they give that make kelantanese like this?
Suposedly, if the true message of Islam is given, the audience, the pak cik and Mak cik kampung, are able to spread the message to their family members and colleagues and thus modernize them. However, Kelantanese in general are still conservative, passive, traditional and not professionals. Simply put, they are not modern. Islam promotes modern. Our prophet says that hikmah are Muslim's property(aukamaqo). Modernism is a good movement and that's one of the effect of the real implementization of Islam. Our Prophet Muhammad agrees with the action of certain sahabah for installing lamp at the mosque in madinah replacing the initial bonfire set up for night time ceremony. The installation is a modernizing process and the Prophet agrees with it.
Why does all these happens? This is what i discover. conservativeness itself began at the surau and masjids. The tuk gurus, they learn at the pondoks which spawned all around Kelantan and southern Thai. At the pondoks, the syllabus are based on the muktabar books from muktabar ulama who lives 100 to 500 years ago. These ulama are really muktabar. However one problem is, these books are classics. The ulama wrote the books in their era, not in our time. The interpretation of the books by the pondok students will put them in those ulama's eras thus making them conservative. Some of the books have contents that oppose logics.
there's one sickness in the Malay culture. Not daring to oppose what the ulama and tuk guru says, thinking that everything they say are right. How does this happen? This is the famous says uttered by tuk gurus at the surau: "Kito tok leh guno ppalo otok kito nok mike. palo otok kito ni bodo. ikut hok qure royat." (we cannot use our head to think. our mind is stupid, just follow what the quran says). Then, who are brilliant? Since the meaning of the quran are read and interpreted by the tuk gurus and ulama's then the pak cik and mak cik will follow what tuk guru and ulama say who came from pondoks, not what the quran says. this opposes what Allah says in the Quran. the ayat Ali Imran 190-191 told us to ponder at the nature and THINK. Interpret the nature, learn, think, be ULUL ALBAB (men who think). they just forgot that ulama and tuk gurus are normal human being, not prophet. To err is human. This is ultimately true. No human is perfect. Even the prophet makes mistakes. But our prophet Muhammad has perfect conscious from Allah (teguran). A clear example can be seen from surah Abasa. I guess, this is one of the reason why the GENERAL Kelantanese are conservatives.
I never deny that many of the Kelantanese are modern, thinkers, succesful people and real Muslims; rich, educated, influential but humble and follow what Allah commands and avoid doing what Allah deter. These are exceptional people who really understand the message of Islam. I am interested to include one idea from one muslim, malay proffesor. He said that modernization is not westernization. Modernization promotes the improvement from whatever conservatives for the betterment while westernization is the assimilation of western culture into one local culture. Islam promotes modernization not westernization. Many are confused by the term modernization by saying that moderization is westernization. Kelantan nowadays is still conservative and some of the youngsters are already westernized.
Let us all improve the knowledge tradition in Kelantan. Modernize it with the real message of Islam. It starts with ourselve. All those amalan like reading the quran, matsurat, solat five time a day at the mosque helps us to be a good, modern, proffessional muslim, not MAKE us become good. Ahmad is not a good person if he solat five times a day but go to work late and lazy in doing his job. Instead, people will say Micheal and Paul are good individuals. Ahmad is a good person, a good muslim if he prays five times a day and be proffesional at work, and teach his family about the message of Islam. Islam will only rise again if its true meaning is conveyed throgh the individuals, their family and last but not least, through the daulah. to see islam rise, start with ourselves.


ps: every single sentence in this article is arguable. Please think when u read and ready to critize either me, yourself or whoever you see around you. I am ready to be critize and i make mistakes. Ultimately, this article have mistakes but me as weak person didn't see it. Whatever good comes from Allah and whatever bad, keep it to yourselves as something to ponder and learn from. Wallahuallam.

SIRI KEMBARA ILMU IYA BANGALORE: Seminar Fiqh Ramadhan di F15

PRESENTS YOU

SIRI KEMBARA ILMU IYA BANGALORE: SEMINAR FIQH RAMADHAN


Ramadhan semakin menghampiri kita... adakah kita sudah bersedia? 3 minggu yang lepas kita sudah mendengar ceramah dari akhi Zafry tentang amal-amal fardhie yang mesti kita lakukan sebagai tarbiah sepanjang bulan ramadhan. Sekarang, ayuh kita dengar sedikit panduan fiqah untuk menjalani ibadah puasa ini. Berikut adalah detail Program Seminar Fiqh Ramadhan anjuran IYA Bangalore:

Program: Seminar Fiqh Ramadhan
Tarikh: 20 Ogos 2009, Khamis.. Malam ni!!!!
Masa: 8.30 (lepas solat isya.. datang jemaah ramai2 ye)
Tempat: F15 Shri Ram Sadhana
Penceramah: Hanafi Ismail

Refreshment disediakan insyaAllah

Jom Ramai2 belajar Fiqh...

Jazakallah

Tuesday, August 18, 2009

Make a Donation: Hadiah Untuk Saudara



IYA Bangalore melancarkan program Ofiarowac (latin for 'make a donation') sempena kehadiran Ramadhan Al-Mubarak. Hasil donation pakaian akan disalurkan kepada penduduk Slump area yang beragama Islam di sekitar Bangalore. Jom pakat menderma!!!

Friday, August 14, 2009

Sebuah Kehilangan.. Segalanya Milikmu Ya Allah


Aku dikejutkan dari tidur awal hari ini. Seawal 2.15 pagi Bukan dikejutkan oleh jam loceng atau kawan, tetapi dikejutkan oleh pencuri yang memasuki rumah. Sedari tidur aku nampak figure orang tengah berjalan depan aku dengan gaya suspicious. Terus bangun, menjerit sekuat hati supaya housemate lain sedar, then kejar pencuri sampai pintu tingkat atas. Sampai luar pintu jer aku stop. Tengok aja pencuri tu melarikan diri ikut bumbung rumah... Entah kenapa, tak terdetik di hati nak kejar sampai dapat. Pencuri tu dua orang.... aku sedar, aku lebih sayang nyawa aku... Apa yang hilang? Kamera DSLR yang berharga Rs280000 (Rm2000) yang aku beli dari Hamid dan Video Camera Sony kepunyaan Farhan yang berharga Rs30000. Alhamdulillah, duit jemaah yang Kak Ana beri sebagai belanja teksi ke Yelagiri pagi ini sebanyak Rs6000 tak hilang. Memang perit merasai sebuah kehilangan... apalagi kamera itu adalah barangan kesayangan. Segalanya milikMu ya Allah. Engkau pinjamkan aku harta yang sedikit dan tidak bernilai itu dan Engkau ambilnya kembali. Betapa rupanya selama ini aku meletakkan pengharapan dan kebahagiaan pada harta-harta itu, bukan padaMu Ya Allah. Ini terbukti dengan refleks aku terhadap kehilangan tersebut. Bagai nak menangis bila mengetahui kamera tersayang hilang. Jelas cinta aku selama ini pada kebendaan, tidak pada Tuhan yang menguasai segala sesuatu. Dengan izinNya juga tragedi ini berlaku. Dengan IzinNya juga, kami serumah lupa untuk mengunci pintu, dengan izinNya juga Allah menyedarkan aku untuk melihat dan mengejar sendiri pencuri itu. Besarnya Hikmahmu Ya Allah. Mungkin sebuah sentakan besar sebelum tibanya Ramadhan ini. Sentakan yang menyedarkan betapa aku lena dengan dunia.

Innalillahiwainnaillahiraji'un

Anas Aminin
4 AM 15th August 2009
No 13th Muthyalangagar Bangalore India

Tuesday, August 11, 2009

Projek BISMI


Assalamualaikum

InsyaAllah, IMAM India SC dan IMAM CUCMS SC dengan kerjasama UMNOLangkawi akan menganjurkan Projek Bakti Ikhlas Siswazah Malaysia-India (BISMI) bertempat di Langkawi pada 25-27 Sept 2009. Projek BISMI merupakan program homestay yang akan disertai oleh pelajar-pelajar perubatan tahun pertama dan kedua dari Bangalore, India serta pelajar-pelajar perubatan di Malaysia. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

1) Homestay bersama keluarga angkat
2) Mobile clinics
3) Motivasi untuk anak-anak kampung
4) Healthcare awaresness campaign
5) Mangrove tour untuk peserta (eco-edu)


Untuk keterangan lanjut sila lawati laman web IMAM India Students Chapters

Wallahuaallam

Anas Aminin W M Izzuddin
International Medical School Bangalore
Pengerusi IMAM India SC
airnesss_6@yahoo. com
+9741228440


Saturday, August 8, 2009

Carilah Pengganti (suka untuk saya kongsi)

Perjuangan yang begini panjang, mustahil akan dimenangkan hanya oleh satu generasi. Ia perlu diwariskan dari satu generasi ke generasi yang lain. Ufuk perjuangan sepatutnya kian luas dan pejuangnya semakin ramai dengan bertambahnya usia perjuangan. Seorang akh yang telah melalui proses tarbiah dan hafaz manhaj dan wasilah perjuangan tentu sedar kejayaan sebenarnya dalam dakwah bukan pada kemasyhurannya sebagai pejuang, tapi ramai mana insan berkualiti yang dihasilkan untuk mewarisi perjuangannya.

Tanpa itu semua proses tarbiah yang ia lalui dan usaha dalam dakwah akan berkubur bersama jasadnya di perut bumi. Lantaran itu Allah memuji generasi awal Islam dan yang mengikuti jejak langkah mereka. Firman Allah yang bermaksud:

Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar. (At-Taubah:100)

Mewariskan perjuangan tidak semudah mewariskan harta. Ia memakan masa yang panjang untuk memberi faham dan difahami, masa yang panjang untuk meyakinkan dan diyakini, malah memakan masa yang panjang untuk melahirkan pewaris yang sanggup hidup dan mati kerananya. Tarbiah dan kesanggupan untuk hidup susah merupakan syarat utama terhasilnya pewaris yang berkualiti. Orang manja, tak mampu untuk pergi jauh. Memperjuangkan nasib dirinya pun ia terpaksa bergantung dengan ehsan orang lain, bagaimana ia hendak memperjuangkan nasib orang lain?

Kalau kita membaca sejarah para ulama terdahulu, pasti terdapat senarai anak-anak murid mereka yang mewarisi ilmu dan fiqh mereka. Dalam sejarah setiap pejuang juga perlu ada senarai orang yang terhasil dari tarbiahnya walau tidak disenaraikan dalam buku sejarah utama. Sekurang-kurangnya orang itu ialah anak-anaknya. Tarbiah secara talaqi inilah yang menghasilkan generasi sahabat kemudian ta'bien, tabi' tabi'en dan seterusnya.

Ia tidak cukup hanya dengan membaca matan tarbiah dan menafsir sendiri. Rasulullah menerima al-Quran bergurukan Jibril a.s. Di sinilah peranan murabbi yang dahulunya pernah melalui prosek pentarbiahan dan belajar seni tarbiah. Ia memiliki ilmu yang tersurat dan tersirat. Ilmu itu perlu diperturunkan pada generasi berikutnya sepertimana ia perolehi atau lebih baik. Memang gaya murid dan tok guru tak semesti sama tapi perlu ada persamaan khususnya pada perkara thawabit.

Orang yang terlibat dalam amal Islami berbentuk umum dan khusus pasti mengetahui kelebihan amal berbentuk khusus. Kesan ceramah berbeza dengan usrah. Dakwah umum sekadar berperanan menyebar fikrah, dakwah khusus lebih berfokus dan perlukan mutaba'ah. Kesan amal khusus nampak di depan mata. Justeru, mana-mana amal umum yang tidak disertai amal khusus, sekadar mampu meraih ra'yu am tapi tidak mampu membina pejuang.

Mungkin sudah tiba masa setiap akh yang masih berbaki kehangatan tarbiah dalam dirinya untuk keluar dari musim uzlah yang begitu lama. Kita habiskan saki-baki usia untuk mencari pewaris. Umur makin pendek, sudah tiba masa mencari pengganti.

Photobucket

Oleh: Ustaz Sarip Adul,
Sumber: Blog Abu Syifa'

Finally, food poisoning after two years of Immunity


MashaAllah... After two years of being immuned to food poisoning in India, Allah gave me one. Last night I dined at one of the cleanest restaurant around Gokula. Been dining there many times before, only to get one last night. Haha... alhamdulillah, by the time of writing this blog, I am already feeling better. Feeling slight feverish, taken two tablets of NSAIDs for that. However I'm quite reluctant to take ORS... its unpalatable... yuckss!!! 100 plus will do insyaAllah.

Berilah peringatan... yang terbaik



Iman itu Yazid wa Yankus... ia naik dan turun. Setengah orang kata, zaman lo ni, iman bukan lagi naik dan turun malah ia keluar dan masuk.Perkara sama berlaku pada setiap insan... imannya naik dan turun. Aku tidak terkecuali... kerana aku juga insan. Banyak kali iman ini yankus. Sukar juga untuk menjaganya.

Orang kata, kalau nak jaga iman, masuklah ke majlis ilmu, dengar peringatan. Hmm.. inilah yang aku lakukan hampir setiap hari. Peringatan demi peringatan menerjah masuk ke dalam benak fikiranku; tazkirah, tafsir qur'an, artikel, nasyid dan banyak lagi. Hidup aku tidak sunyi dari peringatan... Alhamdulillah.

Namun, apa yang aku sedari, peringatan-peringatan tersebut makin kurang keberkesanannya untuk aku. Pulang dari majlis ilmu, atau selesai membaca artikel, maksiat jua yang aku terjah. Yankus lagi... aduh!!! Terkadang pelik dengan diri sendiri; sering mendengar nasihat dan peringatan, tetapi masih lagi melakukan maksiat.


tidak cukup sekadar menerima peringatan

Di manakah solusinya? Sering jua aku berdoa kepada Allah agar dijaga hati ini agar tidak dipalingkan. Dan aku yakin, Allah tidak makbulkan doa kita secara magic iaitu dengan tiba-tiba, selepas mengaminkan doa kita jadi orang baik yang alim lagi wara'. Tidak... bukan begitu sunnatullahNya.

Aku yakin, doa kita mesti diiringi usaha. Baru namanya tawakkal. Tawakkal tidak semestinya dituju pada usaha-usaha duniawi seperti exam, kerja etc. Hemat aku, untuk menjaga iman pun kita perlu tawakkal. Bagaimana? Kita doa, dan kita berusaha menjaga iman kita.

Beralih kepada soal penjagaan iman. Alhamdulillah, aku menemui jalan yang baru untuk menjaga iman ku selain dari jalan mendengar peringatan. Jalan yang baru ini menuntut aku untuk memberi peringatan pula. Ya! disamping menerima, aku juga perlu memberi, barulah terlekat peringatan-peringatan itu di hati. Formulanya insyaAllah telah ku temui. Untuk menjaga hati dan iman ini, di samping menerima peringatan, aku juga perlu memberi peringatan. Itulah dakwah.
Kita juga perlu memberi peringatan di samping menerima peringatan

Bercakap soal peringatan. Ya, memang Allah suruh kita bagi peringatan. Tetapi adakah cukup sekadar kita memberi sepatah dua ayat kemudian balik tidur? Ramai orang bertanggapan demikian. Cukuplah sekadar aku bagi ceramah kat masjid seminggu tiga kali. Atau cukuplah aku berceramah berjam-jam sehari. Aku dah beri peringatan, aku dah buat dakwah. Hmmm.... Begitu senangnya kerja dakwah ek? Kalau macam tu mesti dah lama selesai masalah sosial. Tidakkah kita terfikir bahawa seboleh-bolehnya, peringatan yang kita beri itu adalah peringatan yang terbaik. Apakah peringatan yang terbaik? Hemat saya, tiadalah peringatan yang paling baik melainkan peringatan itu dapat mengubah seseorang itu menjadi insan yang bertakwa.

Maka, peringatan kita mestilah peringatan yang dapat mengubah. Dakwah kita mestilah dakwah yang dapat mengubah manusia agar lebih bertakwa kepada Allah. Dakwah kita tidak cukup dengan program-program atau ceramah-ceramah di masjid. Inilah dakwah nabi. Dakwah yang mampu mengubah lelaki sebengis Umar menjadi perwira Islam yang mampu mengembangkan empire Islam. Dan dakwah ini menuntut pengorbanan yang besar.


Peringatan itu mestilah peringatan yang mampu merubah

Aku mahu menjaga hati, untuk menjaga hati, perlu beri peringatan tidak cukup dengan hanya menerima peringatan. Alang-alang memberi peringatan, mestilah beri yang terbaik, dan peringatan yang terbaik itu adalah peringatan yang mampu mengubah.

Wallahuallam.

Friday, August 7, 2009

Ke Mana Aku, Ke Manakah Kita?




Sejak kehadiranku ke India aku banyak melibatkan diri di dalam kerja-kerja persatuan, samada secara langsung (sebagai pimpinan) mahupun secara tidak langsung (membantu pimpinan). 2 tahun menggelumangkan diri di dalam pelbagai kerja-kerja persatuan sedikit sebanyak menyibukkan diriku yang sudah semestinya semulajadi sibuk dengan pelajaran. Selepas 2 tahun, ada layaknya untuk aku berpaling ke belakang sebentar untuk melihat kembali hasil yang telah diusahakan dari titik peluhku (dan rakan-rakan). 2 tahun yang lalu, tertanam jauh di benak hati ingin melihat tarbiah hidup subur di bumi bangalore ini, apatah lagi bumi India. Keinginan ini terhasil dari pengalaman indah hidup di dalam tarbiah selama 2 tahun di KMB. Aku teringin membawa apa yang aku alami dahulu di sini. Kerana ia Indah. Ingin ku kongsi hidup indah di dalam peringatan-peringatan kepada Tuhan, hidup yang penuh dengan pesanan-pesanan kepada kebenaran dan kesabaran... hidup yang bebas dari cengkaman kehidupan jahiliah yang bisa membutuhkan hati, yang menumpulkan minda, yang melumpuhkan anggota, menjadikan kita bangsa yang layu.


Hidup Indah di dalam tarbiah... menyucikan hati... menunjukkan arah tuju

Sekurang-kurangnya itulah impian yang aku pasang setibanya aku disini. Namun, perjalanan tak semudah disangka. Aku di KMB hanyalah mad'u. Tiada pengalaman dakwah. Boleh dikatakan aku ini tidak cukup latihan. Aku hanya betul-betul terlibat di dalam usrah hanya beberapa bulan sebelum pengajian di KMB tamat. Itupun silabus tak habis. Semasa di KMB tertanam di benak kepala yang aku akan ke Ireland atau Australia. Andai betul aku kesana aku dapat menarik nafas lega kerana aku hanya perlu meneruskan apa yang aku lalui di KMB. Terus menjadi mad'u selama beberapa tahun, dididik dari bawah perlahan-lahan sebelum menjadi betul-betul matang untuk memimpin mana-mana gerakan.
Namun takdir Allah menentukan aku dihantar ke India. Setibanya di India aku terpinga-pinga. Memang ujian Allah berat. Di sini tiada tarbiah!!! Bumi ini masih gersang, tiada suasana islami sesubur bumi Australia, Eropah atau Mesir. Tambahan lagi, aku ini pioneer di sini! Ya Allah. Apa yang perlu dibuat? Ilmu secetek air di kolah yang kering... Pengalaman sedikit bagai titisan embun... Ingin melakukan tugas sebesar dakwah dan tarbiah?

Bersama rakan seperjuangan di Manipal. Semoga kita thabat di jalan ini

Hati aku besar. Ilmu memang cetek, pengalaman memang sedikit. Tak apa, aku redah juga. Selama dua tahun aku meredah membuta tuli menggapai tujuan tanpa panduan. Hentam kromo orang kata. Dua tahun aku menghentam kromo. Hasilnya? Hasilnya adalah program-program Islami yang tidak seiring dengan perkembangan iman dan amal. Terhasilnya pelbagai program yang hanya sekadar memberi peringatan, tetapi tidak dapat mengubah para pendengar dengan peringatan-peringatan tersebut.
Bagaimana untuk aku bekerja tanpa hentam dan kromo? Tiada cara lain. Sebagaimana seorang doktor memerlukan ilmu kedoktoran untuk merawat pesakitnya, aku pun memerlukan ilmu dakwah untuk menjalankan tugas ini. Pengalaman dua tahun bukanlah pengalaman sedikit. Ia pengalaman yang banyak. Sekarang ilmu aku sedikit. Bacaan kena banyak, amal dengan bacaan perlulah segera. Mujahadah aku sekarang bukanlah mujahadah berprogram tetapi mujahadah mencari ilmu dan beramal dengan ilmu tersebut.


Ilmu... tanpanya aku tiada tujuan

Moga perjalananku tidak terhenti sebagaimana terhentinya karangan ini dengan noktah.

Thursday, August 6, 2009

CS and MG road in pictures










Imtihan oh Imtihan


Hmmm... Imtihan tinggal sebulan lagi... itu imtihan untuk subjek 2nd year namely pathology, pharmacology, microbiology dan Forensic Medicine. Esok ada imtihan praktikal untuk ophthalmology. Pathology separu buku Robbins. Tapi buku Robbins tak cukup. Kalau nak jawab dengan baik kena baca Harsh Mohan juga. Pharmacology banyak juga. Microb lagilah...

Tapi.. ntah kenapa... mungkin hati ini kotor.. Sukar benar untuk duduk di meja dan study. Bosan? Hmmm.. tidak patut ada dalam kamus hidup seorang pelajar perubatan.

Aku hanya perlu satu benda. Semangat untuk duduk di meja study dan mulakan study. I'm gonna do that insyaAllah.. Gonna crack my head for 1 month and relax for two weeks in Egypt.