Friday, June 19, 2009

Salahkah mereka? Atau kita yang salah?


Kenapa agama itu terpisah dari hidup sedangkan ia adalah deen? Adakah si secular itu yang salah? Adakah mereka bersalah kerana tidak hidup dengan panduan Al-Qur’an dan sunnah? Salahkah mereka bila mereka tidak mahu menerima Al-Qur’an dan sunnah sebagai kompas hidup sebaliknya memakai nilai-nilai yang dianggap universal?

Bagi aku mereka tidak bersalah.. Kenapa? Kerana mereka tidak nampak praktikaliti Al-Qur’an dan sunnah. Hmmmm.. adakah mereka itu terlalu dungu kerana tidak dapat melihat praktikaliti nilai-nilai deen ini? Adakah hati mereka itu sangat gelap? Bodohkah mereka? Jahatkah mereka? Jahiliah kah mereka?

Tidak… sekali lagi bukan salah mereka…

Habis tu salah siapa? Mereka yang secular itu terus menerus menegakkan undang-undang kuffar!!! Mereka terus-menerus menyesatkan masyarakat dengan jahiliah!!! Tak bersalahkah mereka? Mereka yang mengikut ini pula terus-menerus menyesatkan diri!!! Tidak salah kau kata?

Ya aku kata mereka tak bersalah!!!

Yang salah adalah para du’at yang tidak menghidupkan islam di dalam hidup… Kitalah para du’at itu…Yang kita tahu hanyalah pakai kopiah, lilit serban 5 kaki, bukak kitab dan berteori di atas pentas… Lebih dari itu, bila di pentas, menembak-nembak mereka yang tersesat di dalam jahiliah ini. Teori hanyalah teori… sedalam manapun teori itu, sekompleks manapun teori itu, ia tetap teori… Di dalam ceramah, ia hanya akan digemakan dari pentas.. dan gemaan itu akan hilang ditelan pekat malam… Andai ditulis, ia terlekat di atas kertas itu… jadi, apakah yang melekat di hati manusia? Yang terlekat adalah contoh… qudwah….

Teori semata tanpa qudwah akan menjauhkan para pendakwah dari orang yang mahu didakwah. Kritikan pedas akan menyebabkan orang-orang ini lari meninggalkan kita dengan penuh kebencian. Kenapa? Kerana sudah fitrah manusia, hati akan lembut dengan contoh yang baik.

Ayuh ikhwah yang dicintai… kita kurangkan bercakap… kurangkan berteori… banyakkan bekerja… sama-sama kita berusaha menjadi qudwah hasanah dengan menghidupkan Al-Qur’an dan Sunnah di dalam setiap kehidupan kita… Cukuplah kita berteori di dalam halaqah seminggu sekali… medan sebenar dakwah kita bukan di dalam halaqah, tetapi di luar sana.. di kedai kopi, di dalam kelas, di pasar-pasar…

Ingat… mereka tidak bersalah… yang bersalah adalah kita kerana kita tidak dapat menunjukkan qudwah kepada mereka… mereka hidup sedemikian kerana mereka tidak berpeluang melihat qudwah… yang mereka dapat hanyalah teori-teori dan nasihat-nasihat kosong. Lebih teruk lagi, mereka mendapat cemuhan bersalutkan agama…
Sekali lagi, aku mengajak diriku dan sahabat-sahabat seperjuangan…

Kurangkan bercakap… kuatkan bekerja

Moga Allah menerima doa-doaku ini… Amin

1 comment:

ijak said...

mari2...
x yah cari sape yg salah..buat je keje n tanggungjawab masing2 kt medan masing...tp perlu tahu prioriti..hehehe
keep it up
pesol nikoh wei...kelik dopp