Wednesday, November 11, 2009

Tunggu Hidayah Datang Bergolek?


Saya baru sahaja habis chatting dengan adik perempuan yang belajar di UiTM. Tanya dia... kenapa masih belum dapat konsisten dalam usrah? Sibuk katanya. Sebagai pelajar architecture dia ada banyak projek. Ketika mana dia diajak keluar ke program itulah dia terikat dengan kesibukan belajar. Di tambah pula dengan tidak ada kenderaan. Dikomplikasikan lagi dengan masalah kesihatan. Memang satu cabaran yang besar. Untuk terus survive di dalam course itu sendiri pun satu cabaran, apatah lagi nak involve dalam aktiviti tambahan seperti usrah (baginya ini mungkin aktiviti tambahan, bagi saya ini aktiviti utama).

Kes berbeza untuk adik yang seorang lagi. Naqibnya datang ke kolej setiap minggu, namun tak dapat juga konsisten dengan usrah. Alasan kesibukan? Saya dulu belajar di kolej yang sama dengannya, boleh aje survive.

Semuanya berbalik kepada kemahuan. Tipikal jawapan yang kita dengar bila ditanya soalan bila mahu berubah? "Pintu hidayah untuk aku belum terbuka"... meremang bulu roma saya bila menulis ayat itu... Mengikut pengalaman saya, jarang orang yang hidayahnya datang bergolek. Jarang sekali dijumpai. Mungkin kes yang istimewa berlaku pada Cat Steven yang diselamatkan ketika lemas. Itupun dia masuk Islam setelah bertahun-tahun berkelana mencari.

MENCARI!!! Sepanjang hidup saya, saya lihat, mereka yang telah berubah, berubah bukan dengan hidayah datang bergolek. Allah saja yang tahu betapa besar keperitan yang mereka lalui untuk berubah. Tetapi itulah tarbiah dari Allah... manusia tidak berubah sekelip mata begitu sahaja. Manusia berubah dengan ujian... tarbiah dariNya... bagi saya tidak ada istilah hidayah datang bergolek. Hari ni dapat hidayah, tup tup esok terus jadi pak lebai pakai serban lapan kaki.

Hidayah sentiasa datang mengetuk pintu hati kita. Cuma atas kita samada mahu menjawab ketukan pintu itu dan membukanya atau pun terus lena dibuai mimpi hubbun dunia.

Apabila pintu dibuka jangan mengharapkan permaidani merah. Hidayah datang menjemput kita untuk menempuh ujian. Satu tarbiah. Tarbiah yang berterusan sampai mati. Ayuh sentiasalah kita jawab panggilan hidayah itu... dan ikutlah cahayaNya... ikut dan terus ikut sampai ke liang lahad... kerana cahaya itu menyuluh jalan yang mustaqim... satu-satunya jalan lurus yang membawa kita ke syurga.

2 comments:

hurun een said...

MasyaAllah, a very nice entry...mmg benar, hidayah Allah itu datang dengan rahmat & kasih sayangNya..tetapi Allah sesekali tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka terlebih dahulu berusaha merubahnya

nur akmal said...

dan berubah perlulah secara perlahan2 dan bukannya secara drastik. dan jua untuk melakukan sebarang perubahan, kita amat memerlukan sokongn rakan2 dn jua keluarga. nice post~ :)