Friday, March 12, 2010

Sekilas Pandang Ke Syurga... Sekilas Ingatan untuk Dunia

Hari-hari aku terfikir... Layakkah aku ke syurgaNya? Sedangkan aku tahu betapa indahNya syurga Allah itu... Dikatakan bahawa manusia pada ketika itu 'sibuk' menikmati nikmat-nikmat syurga!!! Ah.. beza sungguh dengan hari ini, bilamana manusia 'sibuk' dengan dunia...

Tak terfikir bagaimana... manusia 'sibuk' dengan nikmat syurga pada ketika itu...

Bagaimana ye? Hmmm...

Digambarkan syurga itu penuh dengan nikmat-nikmat...

Rumah yang besar... eh.. bukan sekadar rumah... istana!!! Wahh.. bukan satu.. tapi banyak!!!
Oh!!! Alangkah indahnya... hidup lagi mewah dari hidup seorang raja England atau Tzar Russia!!

Ada bidadari!! Bidadari yang bermata jelita!! Yang cantik jelita!! Yang setia menjadi teman... bukan seorang... banyak...

Ada makanan yang tidak habis-habis!!! Bayangkan jika hari ini, peminta sedekah terpaksa menahan lapar dek kerana tidak cukup duit... kita pula terpaksa menahan lapar kerana sudah terlalu gemuk.. di sana!! Kita sibuk dengan makanan yang enak-enak... siap dengan sungai arak dan susu lagi!!!

Dan banyak lagi!!! Itu mungkin hanya perkara-perkara basic yang selalu manusia idamkan di dunia ini... Harta, Wanita dan Makanan.. Allah gambarkan bagaimana berganda-ganda nikmat-nikmat tersebut bagi mereka yang sabar...

Apa aje ada pada dunia ini? Perhatikan ayat-ayat berikut sebagai renungan:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Ali Imran 14

lagi perhatikan ayat berikut:

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; Al-Hadid 22



Dunia hari ini yang kita diami hanyalah tipuan dan permainan semata... Malah keindahan yang ada pada wanita, pada harta, kereta, anak-anak dan tanh-tanah kebun itu hanyalah nikmat tipuan... Allah jadikan nikmat-nikmat itu 'terasa indah' buat kita. Hakikatnya ia tidak seindah mana.

Memang terasa indah hidup ini.... sebagaimana indahnya hidup apabila kita menonton drama-drama cinta seperti Twilight, Nur Kasih, Syurga Cinta atau cerita-cerita Korea dan Jepun. Diolah cerita-cerita cinta itu sehingga kita tertipu, memikirkan betapa indahnya cinta pada dunia itu. Betapa takutnya kita pada mati itu.

Adakah kita cukup tertipu dengan keindahan kisah cinta Twilight?


Sabar... itulah pengubat untuk seorang Muslim... di sana Syurga menanti...

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.-An-Nazi'at 40-41.

Adakah ini semata-matanya tujuan hidup yang ada pada seorang Muslim? Menahan nafsunya? Paderi juga menahan nafsunya sehingga sanggup tidak berkahwin... begitu juga seorang sami... sehingga sanggup menahan diri dari memakan daging?

Tidak... Seorang Muslim nilainya lebih dari sekadar menahan Nafsu. Ada padanya juga tanggungjawab untuk berdakwah selain tanggungjawab melaksanakan ibadah khusus:

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. Al-Hajj 77-78.



Apa yang ada pada seorang Mukmin? Dia rukuk, dia sujud, dia tunaikan zakat, dia tunaikan haji, dan yang paling penting dia berjihad pada Jalan Allah... berdakwah membawa manusia lain mengenal Allah, mengenal akhirat dan sekaligus, turut menjemput mereka menikmati syurga bersama-sama dengan kita.

3:110

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. Ali Imran 110

sekadar perkongsia di kala malam menjelma...

Anas Aminin W M Izzuddin

1 comment:

wardatulhusna said...

kadng2 manusia sedar ap yg bakal dia trima nnti di akhirat sn, namun, mereka ttap sm. ttp tdk berubah. sudh tahu blsan nnti di sn, namun masih terus dgn kehidupn skrng. Muhasabah diri adlh rencana tbaik bt diri. tkasih ats post ini.