Sunday, March 14, 2010

Dan Langkah Pun Bermula....


Final exam bermula esok untuk Batch 1 dan Batch 2...

Segala penat lelah belajar siang dan malam akan teruji...

Inilah langkah bermula kita semua.... Moga-moga langkah ini tidak terhenti.. teruskan melangkah walau apa pun kesukarannya atau kemudahannya. Jangan sekali berhenti duduk... kecuali duduk untuk beriman sejenak, sujud mengharap bantuanNya, memuji KeagunganNya...

All the best untuk kalian semua...

Ma'a taufikwannajah fil imtihan!!!

Saya kongsikan lagu kegemaran Maher Zain buat penyejuk hati...





Friday, March 12, 2010

Sekilas Pandang Ke Syurga... Sekilas Ingatan untuk Dunia

Hari-hari aku terfikir... Layakkah aku ke syurgaNya? Sedangkan aku tahu betapa indahNya syurga Allah itu... Dikatakan bahawa manusia pada ketika itu 'sibuk' menikmati nikmat-nikmat syurga!!! Ah.. beza sungguh dengan hari ini, bilamana manusia 'sibuk' dengan dunia...

Tak terfikir bagaimana... manusia 'sibuk' dengan nikmat syurga pada ketika itu...

Bagaimana ye? Hmmm...

Digambarkan syurga itu penuh dengan nikmat-nikmat...

Rumah yang besar... eh.. bukan sekadar rumah... istana!!! Wahh.. bukan satu.. tapi banyak!!!
Oh!!! Alangkah indahnya... hidup lagi mewah dari hidup seorang raja England atau Tzar Russia!!

Ada bidadari!! Bidadari yang bermata jelita!! Yang cantik jelita!! Yang setia menjadi teman... bukan seorang... banyak...

Ada makanan yang tidak habis-habis!!! Bayangkan jika hari ini, peminta sedekah terpaksa menahan lapar dek kerana tidak cukup duit... kita pula terpaksa menahan lapar kerana sudah terlalu gemuk.. di sana!! Kita sibuk dengan makanan yang enak-enak... siap dengan sungai arak dan susu lagi!!!

Dan banyak lagi!!! Itu mungkin hanya perkara-perkara basic yang selalu manusia idamkan di dunia ini... Harta, Wanita dan Makanan.. Allah gambarkan bagaimana berganda-ganda nikmat-nikmat tersebut bagi mereka yang sabar...

Apa aje ada pada dunia ini? Perhatikan ayat-ayat berikut sebagai renungan:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Ali Imran 14

lagi perhatikan ayat berikut:

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; Al-Hadid 22



Dunia hari ini yang kita diami hanyalah tipuan dan permainan semata... Malah keindahan yang ada pada wanita, pada harta, kereta, anak-anak dan tanh-tanah kebun itu hanyalah nikmat tipuan... Allah jadikan nikmat-nikmat itu 'terasa indah' buat kita. Hakikatnya ia tidak seindah mana.

Memang terasa indah hidup ini.... sebagaimana indahnya hidup apabila kita menonton drama-drama cinta seperti Twilight, Nur Kasih, Syurga Cinta atau cerita-cerita Korea dan Jepun. Diolah cerita-cerita cinta itu sehingga kita tertipu, memikirkan betapa indahnya cinta pada dunia itu. Betapa takutnya kita pada mati itu.

Adakah kita cukup tertipu dengan keindahan kisah cinta Twilight?


Sabar... itulah pengubat untuk seorang Muslim... di sana Syurga menanti...

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.-An-Nazi'at 40-41.

Adakah ini semata-matanya tujuan hidup yang ada pada seorang Muslim? Menahan nafsunya? Paderi juga menahan nafsunya sehingga sanggup tidak berkahwin... begitu juga seorang sami... sehingga sanggup menahan diri dari memakan daging?

Tidak... Seorang Muslim nilainya lebih dari sekadar menahan Nafsu. Ada padanya juga tanggungjawab untuk berdakwah selain tanggungjawab melaksanakan ibadah khusus:

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. Al-Hajj 77-78.



Apa yang ada pada seorang Mukmin? Dia rukuk, dia sujud, dia tunaikan zakat, dia tunaikan haji, dan yang paling penting dia berjihad pada Jalan Allah... berdakwah membawa manusia lain mengenal Allah, mengenal akhirat dan sekaligus, turut menjemput mereka menikmati syurga bersama-sama dengan kita.

3:110

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. Ali Imran 110

sekadar perkongsia di kala malam menjelma...

Anas Aminin W M Izzuddin

Wednesday, March 10, 2010

Rijal-rijal yang kita mahu... Bukan Pengikut

Apa bezanya antara rijal pembawa dakwah dengan pengikut?

Rijal pembawa dakwah itu adalah insan-insan proaktif. Yang diikutinya adalah jalan serta method dakwah yang dibawa oleh Murabbinya.

Pengikut adalah insan-insan yang pasif. Yang diikutinya adalah pengaruh yang dibawa oleh pemimpinnya.

Rijal-rijal sudahpun meletakkan sepenuh hatinya pada jalan dakwah, menginfak seluruh hidupnya untuk mengajak insan-insan lain kepada jalan ini juga. Mereka tidak bergantung kepada pemimpin untuk terus berjuang.

Pengikut belum pasti lagi meletakkan hatinya di jalan dakwah. Hatinya pada pemimpin, bergantung pada pemimpin. Andai rebah pemimpin, rebahlah perjuangannya.

Rijal itu sedikit bilangannya...

Pengikut itu ramai...

Seorang rijal, boleh membentuk rijal yang lain agar menjadi rijal sepertinya..

Seorang pengikut hanya boleh mempengaruhi orang lain untuk menerima pendapatnya semata...



Di dalam badan dakwah, kita perlukan rijal, bukan pengikut. Maka pengaruh semata bukanlah menjadi ukuran, tetapi betapa ramainya rijal yang berjiwa seperti kita yang mampu kita hasilkan.

Untuk dapatkan pengikut kerjanya senang. Banyakkan ceramah, banyakkan menulis, petahkan pidato, banyakkan program, banyakkan kebajikan... nescaya ramai yang mahu jadi pengikut... terpesona dengan peribadi kamu... lalu pengikut mahu kamu jadi pemimpin mewakili mereka.

Untuk dapatkan seorang rijal? Ceramah kena buat, menulis pun kena buat, pidato pun perlu dipetahkan, kebajikan perlu diperbanyakkan... untuk apa? untuk kita identify di kalangan mereka yang terpengaruh, siapa yang cukup hebat untuk dijadikan rijal. Kemudian? Kerja seterusnya adalah kerja sebenar seorang Murabbi... membentuk rijal terpilih ini agar jadi seperti kita. Kerjanya bukan kerja mudah... hati perlu dimenangi, ta'aruf mesti didalami, didikan peribadi dibuat satu per satu, ideologi ditanam secara peribadi... kerja yang menuntut masa kerana bukan seorang rijal yang dikenal pasti tapi mungkin 5 atau 10 orang.

Hayat sesuatu badan dakwah amat bergantung kepada rijal yang dihasilkan kerana rijal inilah yang akan meneruskan perjuangan. Rijal terbaik yang boleh dibentuk adalah anak yang lahir dari benih kita sendiri; maka pemilihan zaujah turut memahami dakwah juga adalah pra syarat untuk memastikan anak itu ditarbiah agar menjadi rijal.


Pengikut? Belum pasti dapat meneruskan sebuah perjuangan. Kerana mereka hanya mengharapkan seorang pemimpin untuk mereka jadikan wakil bagi menyenangkan hidup mereka.

Anas Aminin W M Izzuddin
Bangalore

Friday, March 5, 2010

Dakwah... kenapa ia sungguh ekslusif?



Apa yang hadir dalam minda anda bila disebut perkataan 'dakwah'?

Tabligh?
Ustaz?
ceramah?
kopiah?
jubah?
usrah?

Bila disebut pendakwah golongan mana yang pertama sekali kita fikirkan?

ustaz...?
tok guru...?
Pak Imam...?
Pak Kiai...?
Pegawai JAIS...?

Seringkali kita fikirkan bahawa kerja-kerja dakwah ini hanyalah untuk golongan tertentu. Kalau sekalipun ada ustaz yang berceramah, atau khatib berkhutbah menceritakan tentang kepentingan dan kemestian dakwah, ayat-ayat ceramah itu hanya akan jadi bahan anggukan para pendengar. Balik-balik, setelah kering tekak berceramah, para pendengar masih lagi menganggap dakwah itu perlu dilakukan oleh si penceramah sahaja.

Maka jadilah dakwah itu kerja ekslusif para ustaz dan para penceramah... ia kerja ekslusif hanya untuk mereka... atau lebih tepat lagi hanya layak untuk para ustaz dan para penceramah, bukan untuk golongan marhaen yang tidak bertitle 'ustaz' atau tidak tahu ilmu agama.



Kenapa ini mesti berlaku? Sedangkan Islam datang dengan dakwah... ia tidak akan berkembang dari tanah arab sehingga ke Tanah Melayu tanpa dakwah. Ia adalah sebahagian besar dari Islam yang dianuti golongan terawal yakni golongan sahabat. Kenapa hari ini, dakwah begitu asing dari hidup masyarakat? Seolah-olah dakwah itu merupakan something 'extra' dari kehidupan seorang Muslim, bukanlah something yang 'intrinsic' sebagaimana intrinsicnya solat, puasa, zakat dan haji?

Pada entri lepas saya juga telah menyentuh dengan dalil Al-Qur'an betapa dakwah itu adalah sebahagian dari hidup seorang Muslim selain rukuk, sujud dan berbuat kebajikan, serta membayar zakat:

Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. 22:78 Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.22:79

Persoalan entri saya ini berlegar disekitar persoalan kenapa dakwah itu menjadi hak ekslusif golongan agamawan, tidak menjadi hak atau tanggungjawab golongan marhaen sebaliknya, walhal saya percaya golongan agamawan tidak ingin ia berlaku demikian.

Izinkan saya membuat kajian ini menerusi pengalaman serta pemerhatians saya...

Kebiasaan kita lihat golongan pendakwah menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah mereka dengan ceramah-ceramah, penulisan, forum, diskusi, dan sebagainya. Mereka berusaha keras siang dan malam untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat seraya mendidik mereka agar lebih dekat kepada agama... Alhamdulillah, dengan adanya usaha mereka ini masyarakat telah dapat dibangkitkan dari kejahilian kepada ketaatan. Masyarakat telah dididik bagaimana untuk solat, masyarakat telah dididik bagaimana untuk membaca Al-Qur'an. Masyarakat telah dididik agar tidak bergaul bebas. Dengan kata lain, masyarakat telah dididik untuk melaksanakan ibadah-ibadah khusus dan umum dengan baik. Mereka juga telah dididik agar tidak terjebak ke dalam kegiatan maksiat.

Tetapi sayangnya, terdapat satu aspek agama yang masyarakat tidak dididik dengannya... iaitu dakwah. Saya tidak mengatakan bahawa masyarakat tidak dididik dengan kepentingan dakwah. Barangkali telah banyak ceramah-ceramah atau program-program yang dijalankan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan dakwah.

Namun apa yang kurang adalah dididikan kepada masyarakat tentang kaedah dakwah, bermula dari niat sehinggalah kepada setiap inci perlakuan dakwah itu... sebagaimana masyarakat telah dididik dengan kaedah solat, bermula dari niat hinggalah kepada cara-cara mengangkat jari ketika duduk tahiyyat akhir.

Para ustaz mestilah telah berusaha sedaya upaya untuk mengajar masyarakat tentang cara-cara solat atau cara-cara puasa. Dan cara untuk memastikan masyarakat memahami pengajaran adalah dengan memastikan mereka melaksanakan ibadah itu. Teori dan praktikal mesti seiring di dalam pendidikan. Senang kata, ceramah kaedah solat sahaja tidak mencukupi, ia mestilah diiringi dengan praktikal solat itu sendiri. Inilah yang telah diterapkan di sekolah-sekolah. Maka retilah anak-anak kita untuk solat.

Tetapi lain pula dengan dakwah... para penceramah ini kurang menjadikan dakwah itu sebagai bahan pengajaran yang diikuti dengan praktikalnya sekali. Maka andai diceramahkan kepentingan-kepentingan dakwah itu sekalipun, tanpa mengajak masyarakat mengikutinya untuk berdakwah, sudah pasti sukar untuk masyarakat menjadikan dakwah itu sebahagian dari hidupnya sebagai muslim sebagaimana solat menjadi sebahagian dari hidupnya.

Maka jadilah dakwah itu kerja-kerja ekslusif para ustaz dan para penceramah sebagaimana ekslusifnya sebahagian ibadah seorang paderi.

Sebagaimana pentingnya untuk kita sampaikan dakwah supaya orang awam solat agar mereka mendapat hak menikmati syurga, demikian juga pentingnya untuk kita sampaikan dakwah kepada manusia supaya mereka turut sama berdakwah agar mereka boleh menikmati syurga yang lebih tinggi... syurga setaraf para anbia' mungkin...

Oleh itu, persoalan sekarang, bagaimana kita boleh jadikan dakwah itu hak dan tanggungjawab semua orang?

Seringkali kita mengajak orang supaya taat dengan amal-amal asas seperti solat, zikir, baca al-qur'an dan sebagainya dengan memastikan mereka melaksanakan amal-amal itu bersama kita. Untuk memastikan amalan-amalan itu lebih berkualiti kita ajarkan mereka fiqh-fiqh berkenaan amalan-amalan itu.

Sama seperti amalan-amalan asas tersebut, dakwah juga merupakan salah satu dari amalan-amalan asas. Dan cara terbaik untuk memastikan manusia melaksanakan dakwah sebagaimana dia laksanakan solat, zikir dan baca al-qur'an dengan taatnya adalah dengan memastikan mereka juga melaksanakan dakwah itu. Dan untuk memastikan dakwah itu berkualiti, kita ajarkan mereka fiqh-fiqh dakwah.

Kita juga sering meniupkan semangat kepada mereka yang didakwah agar taat melaksanakan solat dan berzikir serta baca al-qur'an dengan membacakan hadith-hadith, ayat-ayat Al-qur'an serta kisah para sahabat berkenaan amal-amal demikian. Begitu jugalah sepatutnya kita lakukan untuk meniupkan semangat kepada mereka yang didakwah agar mereka juga turut sama berdakwah dengan kita.

Oleh yang demikian, saya mengajak diri saya serta sahabat-sahabat yang sudahpun meletakkan landasan hidupnya pada dakwah agar melebarkan sayap dakwahnya dari sekadar mengajar solat, puasa, zakat etc kepada mengajarkan cara-cara untuk berdakwah... agar sahabat-sahabat kita yang lain dapat juga merasa nikmat berdakwah sebagaimana mereka merasa nikmat tenangnya solat dan puasa.

Wallahuallam

Anas Aminin

Thursday, March 4, 2010

Dakwah... ibadah yang dilupakan

Suka untuk saya ambil petikan dialog sebuah debat antara ustaz UMNO dan ustaz PAS yang berlangsung di Kota Bharu baru-baru ni:

Moderator: Ustaz, boleh tak ulas kenapa dalam UMNO tiada kepimpinan tertinggi di kalangan orang agama?

Ustaz UMNO: Haaa... ini memang soalan yang saya tunggu-tunggu. Kalian semua!!! Tidakkah kamu perhatikan betapa Timbalan Perdana Menteri iaitu Timbalan Presiden UMNO boleh azan dengan baik dan boleh imamkan solat? Tidak cukup beragamakah itu?

Ustaz PAS: Hmmm... kalau setakat azan tu kanak-kanak tadika boleh buat ustaz oooiii....





Video ini mungkin menjadi satu bukti bagaimana kebiasaan masyarakat menganggap bahawa agama itu cukup dengan elemen-elemen berikut:

1. Solat
2. Azan
3. Zakat
4. Haji
5. Tutup aurat
6. Baca Qur'an
7. Baca Tahlil
8. Baca Ya Sin malam khamis
9. Buat ceramah agama sikit-sikit
10. dan lain-lain perkara berkaitan dengan ibadah khusus

Ringkasnya agama itu lebih dari sekadar amal-amal ibadah dari sudut ibadah khusus... Jadi bagaimana mahu merealisasikan kehidupan beragama secara syumul?

Kebiasaannya ustaz-ustaz yang berceramah dia akan bagi ayat ini untuk menjawab persoalan di atas:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ (51:56) -
51:56 And [tell them that] I have not created the invisible beings[37] and men to any end other than that they may [know and] worship Me. [38] -
Maknanya kita diciptakan untuk beribadat kepada Allah semata-mata. Biasanya akan diulas pula bahawa ibadah tu ada ibadah khusus dan ibadah umum.

Bila disebut ibadah umum, maka ini meliputi kehidupan seharian kita seperti tidur, makan, gosok gigi, pergi sekolah, pergi kerja, jaga keluarga etc. Maknanya setiap inci kehidupan kita itu adalah sebenarnya termasuk dalam lingkungan agama. Senang jer nak fahamkan? Maknanya setiap inci hidup kita ini kita kompaskan kepada sunnah nabi.... Hmmm.. faham, faham, faham... maknanya, bangun pagi, first gosok gigi, ikut sunnah nabi... makan, baca bismillah, ikut sunnah nabi... pergi sekolah, baca doa, perbetulkan niat... ikut sunnah nabi... waaah... indahNya hidup bersunnah... maka inilah kehidupan beragama.... ISLAM 24/7... waaah

Ooopss... not so fast!!!

Adakah dengan mengikut sunnah-sunnah baginda tersebut kita sudah layak untuk dikatakan sebagai melaksanakan Islam dengan Syumul?

Saya kata anda masih belum lagi melaksanakan kesyumulan itu!

Ada satu aspek di dalam banyak-banyak ibadah itu yang dilupai oleh kita semua..... DAKWAH... AMAR Ma'aruf Nahi Munkar....

Huh? Dakwah? Wajib ke?

Bukan ke tu kerja-kerja ustaz? tak pun kerja-kerja abang-abang usrah jer? abang-abang yang belajar kat pondok jer?

Ustaz-ustaz tu penat belajar kat Mesir semata-mata nak berdakwah... takkan kita nak buat benda tu? Kita belajar Medic... Hmmm..

.... okay enough of babling.....

Sahabat-sahabat sekalian, dakwah itu adalah sunnah terbesar yang dilaksanakan nabi. Bukan Nabi Muhammad sahaja, tapi semua Rasul dan Anbia yang lepas... malah sahabat-sahabat Rasulullah sekalian menjunjung sunnah ini sebagai sunnah yang terbesar.

Tak percaya? Sila baca ayat Allah di bawah... Ayat ini menerangkan tentang matlamat penciptaan manusia selain dari ayat surah Az-Zariyyat di atas:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (22:77)

وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُواالزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ مَوْلَاكُمْ فَنِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ (22:78)

22:77 (Malay) Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. 22:78 (Malay) Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.


Bila baca dan hayati ayat di atas, terbayang satu bentuk individu Muslim sejati yang Allah nak kita jadi... iaitu seorang Muslim yang beriman, solatnya sempurna, dan laksanakan amal kebajikan... sudah sempurnakah seorang Muslim itu apabila solatnya dah cukup, baik orangnya, agak-agak lebai gitu. Dan dia juga seorang yang pantas dalam kebajikan; baik pada ibu bapa, baik pada kawan-kawan, baik pada fakir miskin... sudah cukup sempurnakah seorang Muslim itu?

Belum... Allah describe, orang yang beriman sebagai mereka yang bukan sahaja taat dalam solatnya, baik dalam amal kebajikannya, malah orang yang beriman adalah orang yang juga berjihad pada jalanNya dengan sebenar-benar Jihad...

Dan Allah menamakan kita sebagai Muslim supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu dan supaya kamu menjadi saksi ke atas segenap manusia. Rasul telah menyampaikan dakwahnya kepada kita, maka tiba giliran kita pula untuk menyampaikan dakwah itu kepada sekalian manusia...

Dakwah... ia adalah suatu tuntutan ibadah yang dikenakan ke atas sekalian mukmin sebagaimana wajibnya tuntutan-tuntutan lain seperti solat, puasa, zakat etc. Namun tuntutan inilah yang paling dilupai. Mungkin sekularisme telah menyusutkan agama itu pada perihal peribadi.

Maka seorang Muslim yang sejati adalah Muslim yang menghidupkan Islam pada ibadah-ibadah khusus, juga pada ibadah-ibadah umum dan juga menghidupkan dakwah di dalam dirinya...

Murabbi saya pernah berpesan kepada saya:

"Akhi... dakwah itu berada di dalam diri kita sebagaimana darah berjalan di dalam salur-salur darah kita... Ia sesuatu yang essential dalam hidup kita sebagaimana essentialnya makanan dan minuman..."

Anas Aminin

Wednesday, February 3, 2010

Retrospeksi Konvensyen Pemikiran Hassan Al Bana

Tulisan ini saya petik dari website ISMA Shah Alam untuk tatapan sahabat di India....

Terlepas KBDSC_1172AZ (Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis) pada 2009, saya tidak mahu melepaskan peluang ke Konvensyen Pemikiran Hassan al-Banna (Kobanna) beberapa hari lalu. Terpaksa memarkir kereta sedikit jauh, menandakan betapa ramainya jiwa-jiwa yang sudah bersedia untuk melazati konvensyen ini. Beberapa buah bas turut berbaris menurunkan penumpang. Pegawai-pegawai trafik dari PEMBINA berbaju putih setia memberi panduan menuju ke tempat sepatutnya. Hampir 7/8 atau 2700 orang memenuhi dewan tertutup UNITEN tersebut, membuat saya teruja. Bukan hanya golongan dewasa sahaja yang memenuhi kerusi-kerusi dewan, bahkan para syabab yang paling banyak melimpahi segenap pelusuk dewan, terutama di bahagian atas.

Pemerhatian awal saya mendapati bahawa tajuk Pemikiran Hassan al-Banna dalam Melakar Agenda Bangsa memberi satu interpretasi bahawa ISMA mempunyai satu mesej dan pendirian ketika mana mengacarakan konvensyen ini; bahawasanya ISMA tetap berpegang dengan fikrah Hassan al-Banna dalam memacu perubahan dan pembaikan masyarakat dalam apapun kondisinya sekalipun ada badan-badan lain yang memilih untuk tidak lagi menggunakan pendekatan as-Syahid Imam Hassan al-Banna.

Demi merealisasikan intipati pemikiran Hassan al-Banna, al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA menyelesaikan beberapa isu asas yang mungkin menjadi tanda tanya bagi beberapa pihak yang mencari jawapan mengapa pemikiran Hassan al-Banna yang menjadi pilihan, di dalam ucaptamanya. Meskipun Imam Hassan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin berasal dari Mesir, namun intipati pemikiran, wasilah-wasilah, penemuan marhalah, metodologi dakwahnya tetap relevan dan sehingga hari ini digunapakai di lebih 90 buah negara. Presiden ISMA turut melakarkan kepentingan Melayu sebagai suatu tunjang kekuatan yang mampu memacu perubahan dan pembaikan, dan dalam masa yang sama sebagai penegak kalimah dan deen Allah SWT. Kelemahan bangsa ini akan menyebabkan Islam juga turut sama tenggelam, sedang bangsa Melayu telah lama diperkasakan oleh Islam. Bangkit bersatu di atas agenda ini atau terus berpecah dengan melaksanakan agenda orang lain.

Konvensyen ini seterusnya diteruskan dengan tiga pembentangan kertas kerja oleh orang yang hebat belaka, dan mempunyai kepakaran dalam bidang tersendiri. Secara keseluruhan, mesej yang ingin disampaikan melalui konvensyen ini meliputi beberapa perkara;

  • Melayu ialah suatu bangsa yang kuat, namun perpecahan dalam merencana agenda Melayu kita menjadi lemah, malah menjadikan Melayu yang merupakan bangsa terbesar di negara ini yang lemah dalam dominasinya, malah kita tidak menjadi suara muktamad atau terbesar dalam perencanaan agenda bangsa. Kita perlu memilih untuk bersatu dan melupakan pertikaian-pertikaian yang hanya merugikan bangsa sendiri dan menjalankan rencana untuk agenda bangsa kita. Itu, atau pilih untuk terus berpecah dan terus-menerus menjalankan agenda bangsa lain.
  • Pemikiran Hassan al-Banna ialah pemikiran yang paling relevan di abad ke-21, dalam tempoh 20 tahun lebih dakwahnya telah berkembang begitu pesat, sehingga ke hari ini lebih daripada 90 buah negara mempraktikkan pemikiran beliau dalam gerakan dakwah. Manhaj yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin ialah yang paling hampir dengan manhaj Rasulullah SAW. Sebagaimanapun zaman berubah, ISMA tetap komited dengan manhaj ini dalam meladeni situasi ummah di Malaysia.
  • ISMA mengajak masyarakat Melayu Muslim untuk menilai dan mengambil pendirian tentang situasi politik Malaysia berdasarkan maqasid syara` (al-Quran dan as-Sunnah serta lainnya), seterusnya tidak mengabaikan kepentingan Islam dan Melayu meskipun kita hidup dalam suasana kepelbagaian bangsa dan agama. Bahkan ISMA menggesa masyarakat Melayu untuk bersatu untuk menggerakkan agenda bangsa yang telah diperkecilkan kerana Melayu berpecah-belah.
  • Islam dan Ikhwanul Muslimin tidak menolak semangat kebangsaan, begitu juga ISMA. Kerana agama ini akan kuat melalui bangsa yang memegang panji agama lantas mengukuhkannya. ISMA komited untuk mengukuhkan bangsa Melayu dengan mengembalikan rujulah bangsa ini serta keakraban dengan Islam.

DSC_1226
Jujurnya, sangat banyak informasi yang telah saya dapati daripada konvensyen ini. Saya juga pasti bahawa ramai daripada hadirin yang menghadiri konvensyen tersebut mendapatkan hal yang sama. Di akhir konvensyen resolusi ISMA dalam konvensyen ini turut diutarakan, menyatakan komitmen ISMA untuk memperjuangkan agenda bangsa Melayu dan menggunakan maqasid syara` sebagai timbang tara dalam menilai kemelut dan situasi politik di Malaysia.

Apa yang kita mahukan tidak lain tidak melainkan ummat Melayu ini bangkit semula sebagai satu ummah yang gagah dan hebat kerana deennya. Kita sudah jelak dengan perpecahan dan mahu melihat bangsa ini kembali bersatu atas Islam, juga kita tidak mahu diperkotak-katikkan oleh bangsa lain yang mengambil peluang di atas perpecahan yang berlaku kepada ummat Melayu. Dalam apa juga hal sekalipun, kita tetap memilih untuk membuat keputusan dan penilaian berdasarkan maqasid syara`, tidak menggadaikan prinsip-prinsip dan hukum Islam dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam, Melayu dan politik.

azmir
Mohd Azmir bin Mohd Razli
Macquarie Universiti of Sydney
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
http://thetalkingpen.blogspot.com


Sunday, January 17, 2010

MABIT: Membina Amal, Ukhuwah dan Takwa




Alhamdulillah setinggi-tinggi pujian hanya kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Aku hanya mampu mengucapkan kalimah itu dibibirku. Di dalam kekalutan kehidupan seharian Allah masih lagi menarik aku untuk memerhatikan alam ini, memikirkan akah kejadian ciptaanNya, agar aku bertambah keyakinan bahawa aku ini hamba kepada Tuhan yang maha Agung.



Itulah kesimpulan yang dapat aku garap hasil pengalaman menyertai MABIT (Malam Bina Iman dan Takwa) anjuran ikhwah IYA Bangalore.

Daurah yang diberi oleh Akhi Zul sebelum tidur betul-betul membuka minda kita. Ilmu tasawwufnya yang disaluti bukti-bukti sains, dengan izin Allah telah berjaya menambahkan keyakinan aku akan KeTuhananNya dan kehambaan aku. Betapa aku ini hanyalah secebis makhluk yang bergantung sepenuhnya kepada Dia.

Apa yang Akhi Zul sampaikan? Mungkin terlalu kompleks dan panjang untuk aku simpulkan. Andai anda berminat untuk mengetahuinya bacalah bingkisan yang digarap oleh seorang ikhwah yang turut menyertai MABIT:

(Jazakallah kepada Akhi Hafizulfaiz di atas kesimpulan ini)

Daurah yang diberi Akhi Zul habis agak lambat. Pukul 12.30 baru dapat tutup majlis. Terima kasih juga kepada ikhwah semua yang banyak bertanya soalan sepanjang daurah diadakan. Seolah-olah semuanya tak mengantuk. Ini menyebabkan cabaran untuk bangun qiam menjadi sukar. Cabaran dibesarkan lagi dengan suhu pagi winter yang menggigit tulang...

Tapi Alhamdulillah... semua dapat bangun on time, qiam bersama-sama, menikmati keindahan bacaan qur'an semasa tahajjud... seusai subuh, Akhi Zul bagi tazkirah, kali ini berkenaan dengan takdir. Lepas subuh, ramai-ramai ke JP Park, menikmati udara dingin pagi Bangalore sebelum menjamah maggi di kedai Bashir...




Alhamdulillah...

Mungkin orang yang lemah seperti aku ini sentiasa perlukan amal jamai'e sebegini untuk meningkatkan iman... Agak sukar untuk aku beramal sendirian tanpa dorongan ikhwah bersama. InsyaAllah, akan aku usaha lebih kuat lagi untuk meningkatkan amal.... melalui latihan-latihan jamai'e seperti ini diharapkan agar aku menjadi lebih kuat di kala keseorangan. Dai'e mestilah kuat imannya.. cuma kadang-kadang terfutur... disinilah perlunya ikhwah yang kuat imannya agar dapat menarik kita yang futur.




Moga Allah izinkan lagi aku untuk ke MABIT siri 2... InsyaAllah dijangka akan dibuat 2 minggu dari sekarang. Kali ini aku pula yang perlu beri pengisian. Mungkin kali ini aku akan menyentuh kupasan buku Asas-Asas Islam karangan Maududi. Jika hari ni kita belajar tasawuf insyaAllah, 2 minggu lagi kita akan mantapkan fikrah kita tentang agama yang kita anuti ini.




Hidup biar bermakna...