Thursday, June 18, 2009

Penghalang perjalanan tarbiah di India: Aku sendiri

Susah... perit... inilah sunnatullah perjalanan sebuah perjuangan membawa kebenaran. Di dalam kita membawa kebenaran ada sahaja penghalangnya... Penghalang itu memang ada..satu sunnatullah.. diletakkan untuk menguji sedalam mana iman kita, sekuat mana takwa kita.

Namun, sedar tak sedar... penghalang-penghalang ini kebanyakannya datang dari diri kita sendiri. Bukannya faktor luaran seperti orang kafir sebagainya. Penghalang kebenaran ini adalah nafsu diri kita yang kadang-kadang tidak dapat dikawal.

Inilah halangan terbesar yang aku sedang hadapi. Diri aku sendiri... Nafsu diri ini yang menghalang mekarnya tarbiah di bumi taj mahal ini... bukan faktor extrinsic.

Ya Allah.. kuatkan aku... kuatkan langkahku.. jangan biar aku futur lagi.. di manakah niatku? di manakah amalku? kekadang kulihat amal-amalku jatuh seperti manik-manik yang terlepas dari rantaian tasbih... terlepas, berderai, hilang.... sukar untuk dikutip kembali.. bila berjaya kukutip dengan perit, tasbih itu putus lagi... berderai lagi... ku khuatir.. biji tasbihnya semakin banyak yang hilang...

Jangan biar aku futur lagi ya Allah.. Pulihkan aku... pulihkan aku

1 comment:

MenCARI Makna said...

salam.

perjalanan tarbiyah tidak ditaburi dengan enak nikmat , tp ia di penuhi dengan liku2 yang di pagari onak dan duri diiringi dengan pelbagai sakit dan perit ,

yakinlah dengan pertolongan Allah.

antara ayat yang menjadi semangat:
surah muhammad:7


Kita semua xsama, dan beruntunglah kita berada di jalan ini.

sentiasa perbaharui niat dan tingakat iman lewat amal2 soleh yang dapat menguatkan iman dan semangat kita di samping bergaul2 dgn org2 soleh