Dakwah dan tarbiah... Jangan mengharap senang di atas jalan ini. Seorang arab Badwi pernah mengingatkan Nabi SAW bahawa apa yang di bawa baginda ini akan ditentang oleh sahabat serta kaum keluarganya sendiri. Namun di sebalik kesusahan ini datangnya kemanisan di dalam do'a. Satu kemanisan yang tak terbayangkan nikmatnya. Itulah kemanisan iman.
Saya merujuk kepada tragedi yang menimpa rakan-rakan di Mangalore yang telah bertungkus lumus sedemikian lama untuk menganjurkan perhimpunan rakan-rakan seangkatan di India. Tidak senang. Usaha membawa ustaz Hasrizal (abu saiff) ke India adalah usaha kedua yang menemui kegagalan selepas kegagalan membawa ustaz Salam. Dua-dua kerana visa.
Alhamdulillah... usaha yang tidak berhasil ini sekurang-kurangnya dapat saya sendiri rujuk kepada hamparan sejadah. Berfikir atas apa yang tidak kena... Hikmah... satu peristiwa itu akan jadi "Hikmah" apabila si penerima ujian itu berfikir di atasnya. Dari Hikmah datangnya Hidayah... juga dengan berfikir... Kedua-duanya tidak datang bergolek.
InsyaAllah.. PERMISI 2009 kita peram dulu bersama sehingga ia betul-betul matang. Mungkin sebelum PERMISI itu berjalan kita boleh terlebih dahulu mantapkan perjalan kita melalui organisasi yang lebih tersusun, yakni Islamic Youth Association (IYA). Mungkin ini yang kita perlu peram terlebih dahulu...
No comments:
Post a Comment